SELAMAT DATANG KE BLOG CATATAN ANKEL JONNI BLOG YANG RILEK DAN SANTAI JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI. LIKE KAMI DI MEDIA SOSIAL. SELAMAT MEMBACA, MOGA ANDA AKAN TERHIBUR

Hari ahad kita karaoke

    Setiap orang ada aktiviti sendiri setiap hari ahad, maklumla hari cuti. Dan aku pulak pergi karaoke bersama rakan taulan aku pagi tadi. Itupun diorang yang keluar belanja... aku cuma sumbangkan suara aku nyanyi lagu Faizal Tahir. Kira boleh tahan lah nyanyian aku tadi... ada potensi...

   Pada permulaannya malu gak nak nyanyi walaupun bukannya ada orang lain... semua member-member je. Bukan apa... segan.... aku ni tak berapa nak pandai menyanyi. Tapi memandangkan suara mereka semua macam haram.... aku pun belasah jer lah. Maka berkumandanglah jeritan dan nyanyian hebat dari kami hampir lebih 2 jam.

        Tapi bila di fikirkan seronok gak tadi. Takpelah sekali-sekala layan citarasa kawan-kawan yang masih muda. Selalunya aku lebih suka layan kawan aku yang lebih veteran, bila dengan diorang sudah tentu pergi.... memancing. Aku ni bukanlah kaki memancing tapi lepas  ikut diorang, dah dapat rasa keseronokan naikkan ikan.... aku ketagih jugaklah...  kadang-kadang.

        Macam kawan aku tu dah tahap kaki  dah, sanggup beli set pancing harga seribu lebih, pergi ikut pertandingan mancing sini sana. Aku pulak pancing pun takde... pinjam dia punya. Habis pancing dia pun ada sampai  7  8 batang. Dari yang kecik sampai bapak panjang joran tu... dia tak pakai, biar aku yang pakai. Tapi dalam bab mancing nih kadang-kadang tu dok berjam ikan yang naik tu semuanya bersaiz comel-comel.  Agak hampa gak la. Tapi sesekali tu yang naik agak gedabak tu yang seronok tu. Tak sia-sia dok tunggu berjam-jam... berpanas terik... balik umah kulit rentung dan hangus ... badan bau semerbak...tapi semua tu tak penting.  Apa yang penting.... Dapat lepak ngan kawan-kawan.

        Tapi tu lah bila kita bergaul ngan kawan-kawan nih, lain umurnya... lainlah kegemarannya. Yang muda tentulah citarasa muda.... yang veteran takkanlah gi merempit pulak kan. Aku pulak masuk kandang kambing mengembek... masuk kandang itik.... menge..... menge....  Entahlah aku pun tak tau.....

BACA

Andai aku Cristiano Ronaldo

            Cristiano Ronaldo satu nama yang tidak asing bagi kaki-kaki bola di seluruh dunia. Seorang pemain yang mempunyai skill dan kebolehan yang tinggi. Namun pada aku dia kuat berlakon... kuat tergolek. Selalunya kita tengok dia beraksi di dalam padang, dan kadang-kadang aku terfikir, macam mana hidup dia di luar padang. Kat mana dia lepak... dia beli baju.. port mancing dia... Tapi sampai bila-bila kita takkan tau. Tapi... kalaulah aku jadi dia....

            Kalau aku jadi dia konfom aku akan dapatkan yang terbaik untuk diri aku. Maklumlah gaji tahap juta-juta. Pakai baju pun yang jenama-jenama tahap Paris, New York dan Japan.  Pakai kereta yang laju tahap berdesup macam lamborghini .. tak pun bugatti veyron... Dah pakai kereta mahal tentulah lepak kat tempat-tempat mahal. Lepak kat Hollywood... tempat artis-artis bertandang. Manalah tau ada luck dapatlah dating ngan Paris Hilton ke... Emma Watson ke... Selma Blair... Britney Spears aku tak mau. Lain macam aku tengok dia tu.

           Kalau kat dalam Malaysia plak tentulah duduk sebaris dengan Datuk Nicol David dan  Datuk Lee Chong wei. Jadi idola seluruh rakyat Malaysia tak kiralah dari semua peringkat umur. Dari peminat bola, orang dewasa sampailah budak sekolah. Siap ada yang tampal-tampal poster kat dinding. Konfom hari-hari muka masuk tv3.

          Tapi jadi orang terkenal ni ada keburukannya, tiada privasi langsung. Semua hal hidup jadi tatapan masyarakat. Lagi-lagi benda yang tak berapa nak elok, itulah yang di cari dan nak di ketahui. Lepas tu nak pergi mana-mana pun susah, asyik kena kejar gadis-gadis dan orang ramai. Jadi terpaksalah lari kuat-kuat.

           Akhir kata aku nak minta maaf sebab dah buang dua minit dari hidup anda dengan membaca tulisan aku ni. Aku merepek je tadi tu.... buat blog tapi tak tau nak tulis apa. Kehkehkeh..... 
      
Horeyy .... Argentina menang lagi...

           Horeyy...  Argentina menang 4-1 ngan Korea. Memang dah agak dah Argentina akan menang. Kiranya sekarang bolehlah Diego Maradona tarik nafas lega, pasukan dia boleh masuk second round.

           Tapi world cup edisi tahun ini ada  pasukan yang boleh dianggap gergasi bolasepak tak menjadi. Macam England.... Aku agak Fabio Capello mesti kena hantar balik Itali lepas ini. Kenalah cari kerja lain. Tapi  pada aku keputusan paling dramatik bila Sepanyol kalah... aku jamin ramai kaki judi yang tepuk dahi. Maklumlah pelaburan hangus....

          Aku pulak memanglah suka Argentina, tapi taklah sampai terlompat-lompat gembira sangat bila Argentina menang. Sebab pada aku kalau Argentina menang pun bukannya Messi ke atau Gonzalo Higuain ke akan datang rumah aku, bagi duit juta-juta. Pastu lepak ngan aku kat kedai mamak. Aku cuma suka tengok skill dan permainan diorang.

            Dalam kita seronok-seronok tengok bola, aku cuma nak pesan.... janganlah sampai jerit lebih-lebih. Terutama bila tengok kat rumah. Kesian kat adik-adik, mak ngan ayah yang nak tido. Kalau korang dok rumah bujang pulak... kesianlah kat jiran-jiran tetangga. Takut kena terajang nanti....

Makan bola, tidur bola, pendek kata semuanya bola

         World cup... Tinggal seminggu lagi sebelum piala dunia bermula. Inilah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua kaki2 bola. Inilah masanya kita dapat lihat pasukan2 terbaik dunia beraksi. Tapi pada aku hari yang paling bermakna... hari yang paling kutunggu- tunggu.. adalah hari bila mat despatch tempat aku kerja cakap... " gaji dah masuk.. dah boleh cucuk dah". Terima kasih ye Mazrul sebab masukkan gaji kitorang.

    Aku pun tergolong dalam spesis peminat bola. Aku adalah penyokong skuad Argentina. Kalau kelab pula aku minat Manchester United dan Real Madrid. Pasukan tempatan pulak, aku sokong Selangor Darul Ehsan. Maklumlah aku lahir kat Selangor. Cuma sekarang aku dah kurang layan bola dah tak "gila" macam dulu. Mungkin sebab usia yg dah bertambah lanjut, atau mungkin skrg aku lebih meminati sukan artistik macam gimnastik dan renang kot. Kehkehkeh...  Tak lah.. sebab utama aku dah kurang layan bola sebab ramai idola2 bola aku dah pencen.

    Aku rasa dah kurang best bila Roberto Carlos, Zinedine Zidane, Gabriel Batistuta, Del Piero tak main kat piala dunia. Kalau pasukan Chile ada penyerang yg muka lebih kurang tapi lain mak bapak iaitu Marcelo Salas dgn Ivan Zamorano. Kalau mexico ada Cuahtemoc Blanco. Aku tak boleh lupa skill dia kepit bola ngan dua kaki dia pastu lompat. Skill simple tapi berkesan. Pendek kata ramai lah pemain yg terer2 malas nak sebut semua... leceh. aku ni dahla menaip lambat. Tapi dalam banyak2 jaringan aku tak boleh lupa tendangan percuma Roberto Carlos masa lawan Perancis... sampaikan Fabian Barthez cuma boleh tengok je. Dia punya bola punyalah laju siap boleh melencong pulak tu. Agaknya kalau kena kepala tu boleh demam.. takpun sewel terus.                                                                                                                           

                   Aku bukan nak cakap star2 skrg tak bagus, cuma aku lebih meminati orang2 lama mcm Ariel Ortega ngan Davor Shuker. Skrg ni adalah zaman Messi, Wayne Rooney, Cristiano Ronaldo, Fernando Torres, Didier Drogba. Kalau German aku minat tengok Philip Lahm ngan Bastian Schweinsteiger. Macam Messi tu aku suka tengok cara dia gelecek, badan bantut tapi lari macam lipas kudung. Secara peribadi aku rasa rugi United lepaskan Carlos Tevez, sebab dia tu ok apa, dahla dari Argentina plak tu.

                    Walaupun world cup dah takde zidane, Batistuta ngan Ronaldo yg agak montel tu... tengok tetap tengok. Sebab dalam piala dunia edisi akan datang.... akan ada ramai pemain masa sekarang akan pencen dan tak main lagi dah. Diorang duduk kat rumah je jaga anak cucu ,kemas rumah. Petang2 lepak kat kedai kopi sembang ngan kawan2 sambil tegok wrestling. Pencen la katakan.

                  Aku pulak bila nak pencen tengok bola? Soalan yg akan hanya terjawab bila sampai masanya nanti....

Support : Catatan Ankel Jonni | Ankel Jonni | Facebook Ankel
Copyright © 2015. catatan ankel jonni - All Rights Reserved
Template Created by Ankel Jonni Published by Ankel Jonni
Proudly powered by Blogger