SELAMAT DATANG KE BLOG CATATAN ANKEL JONNI BLOG YANG RILEK DAN SANTAI JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI. LIKE KAMI DI MEDIA SOSIAL. SELAMAT MEMBACA, MOGA ANDA AKAN TERHIBUR

DRAMA SWASTA : DIA BOS KU.

Insiden ini berlaku beberapa minggu lepas..

beberapa minit kemudian...

Fakta of the month : Bos aku seorang yang bersifat kuku besi. Tiada siapa yang betul melainkan dia seorang. Dan beliau tidak boleh menerima jika sesiapa berkata tidak pada arahan atau permintaan beliau.

Jadi sebagai seseorang yang amat memahami sikap beliau, aku mengambil pendekatan untuk sentiasa berkata "ya" pada setiap permintaan beliau, namun uuntuk melaksanakannya, itu terpulang pada mood aku. Dan aku lebih rela di marah beliau dari mendengar bebelan beliau yang bersifat marathon yang mengalahkan bebelan mak nenek.

Dan keesokan harinya, aku tidak pergi kerja, sebaliknya aku meluangkan sepenuh masa dan kelapangan yang aku ada dengan melakukan aktiviti kegemaran aku. Iaitu...

Pada hari isninnya...

Tepat pukul 8:30 : 
Semua orang sudah mula berkerja.

Walaupun orang tua itu sememangnya sudah tua, tapi ingatan beliau masih bagus. Dia tau aku tidak overtime pada hari semalam. Seakan dendam, beliau tidak akan puas selagi beliau tidak meluahkan perasaannya pada sipulan yang membuatkan beliau geram.

Dan aku hanya mampu menyorok-nyorok untuk mengelak beliau. Namun selama mana aku mampu bertahan. Sepandai-pandai tupai melompat, pandai lagi katak melompat. Apatah lagi kanggaru... Jadi terimalah sahaja musibahnya...

* Sebenarnya aku perlukan masa berehat. Takkanlah tiap-tiap hari ahad aku nak kerja kan? 

* Aku sudah tidak berblogwalking sekarang. Maafkan aku. Balik kerja terus tido. Penat dowhhhh....

Moral of the story : Bos aku perangai macam kanggaru.

***** the end*****

BACA

DIUSIK NOSTALGIA SEMALAM

Baru-baru ini aku ada bersembang dengan rakan sekerja aku yang berasal dari pantai timur. Beliau menceritakan tentang hidup beliau yang tinggal bersama kakak beliau sekarang ini. Dan jika abang ipar beliau marahkan beliau, beliau akan pindah ke rumah kakak beliau yang lagi satu. Beliau begitu bangga bercerita tentang betapa sayangnya kakak-kakak beliau pada dirinya.

Ini membuatkan aku teringat tentang hidup aku pula. Hidup yang sangat jauh berbeza dari beliau.

Adik beradik aku ada 4 orang, dan semuanya lelaki. Dan aku adalah yang bongsu sekali. Jika menyebut tentang bongsu semua orang memikirkan hidup yang penuh kasih sayang, di tatang seperti minyak gaharu yang penuh. Dan bagi kes aku pula, tidak. Aku adalah mangsa buli. Ya. Mangsa buli..

Aku menjadi mangsa suruhan mereka. Asal ada benda nak buat akulah yang jadi mangsa. Jika tidak maka akan berlakulah aksi-aksi gusti. Ya. Macam biasa aku yang tewas. Tapi bukanlah gaduh betul, sekadar adegan pergelutan sesama adik beradik lelaki. Itu biasa...

Apa sahaja kerja yang hendak dibuat, memang akulah yang terpaksa membuatnya. Dari kerja di luar rumah, dalam rumah sampailah ke dapur. Sehinggakan pada satu tahap, aku mampu memasak bergedil sendiri tanpa perlu bertanya pada ibuku.

Itu cerita dahulu. Kini semenjak abang-abang aku kahwin, barulah aku tau bagaimana rasanya mempunyai kakak. Ya. Memang jauh sekali keadaannya. Walaupun aku hanya seorang adik ipar, mereka melayan aku dengan begitu baik sekali sehingga aku merasakan mereka seperti kakak kandung aku sendiri. Ya. Aku bahagia.

Sebenarnya rumah Kak Ngah aku hanya 5 minit dari tempat kerja aku. Dan rumah beliau betul-betul dalam laluan aku balik rumah. Jadi memang terlalu keraplah aku singgah ke sana. Walaupun mereka tiada di rumah, itu tidak menjadi masalah kerana akak aku telah memberi kunci rumah mereka padaku. Jadi tiada masalah bagi aku untuk menunggang-langgangkan ruang tamu rumah mereka. Dan diantara ke tiga-tiga kakak ipar aku, dengan beliaulah aku paling rapat sekali.

Moral of the story : Aku mempunyai 3 orang kakak ipar, dan bilangan itu takkan bertambah melainkan ada abang aku yang berpoligami.

***** the end *****

AKU, BAS DAN KAKAK IPAR.

Pada hujung tahun ini, masa cuti sekolah nanti, aku dan akak-akak ipar aku bercadang untuk bercuti seluruh keluarga. Namun tanpa di duga ada lagi saudara mara dan rakan-rakan kakak aku yang ingin ikut bersama.

Jadi sebagai seorang yang tidak pernah tandus dengan idea-idea yang bernas dan bermanfaat, aku mencadangkan agar kami semua mengumpul duit sama-sama dan langsung menyewa bas. Maka ramailah lagi umat yang mampu kami ajak bersama. Kira macam rombongan Kak Kiah ke sukan Komanwel gitu.

Tanpa di duga akak aku menolak mentah-mentah cadangan aku. Rupanya beliau pernah mengalami satu situasi yang amat kurang menyenangkan suatu waktu dahulu. Peristiwa yang amat memberi kesan pada beliau. Sehingga beliau tidak pernah lagi menaiki bas sehingga sekarang.

Sebagai seorang adik ipar yang amat prihatin dan penyayang, aku cuba mendalami hati beliau. Menyelami perasaan beliau. Lalu aku pon bertanyakan tentang kisah tersebut.

Moral of the story : Seumur hidup aku, belum pernah ada gadis yang meraba aku ketika di dalam bas. Dem !!

*****the end*****

TENGGELAM DI SEPTEMBER, TIMBUL DI OKTOBER.

Wah.. lama benar rasanya jari ini tidak menyentuh papan kekunci komputer aku ini. Apatah lagi untuk mengunjungi blog ini. Maafkan aku. Bukanlah aku malas atau terlalu sibuk, tetapi ada aral yang melintang di tengah jalan. Jadi hari ini biarlah aku meluahkan peristiwa yang terjadi pada aku kebelakangan ini. Sila ambil tisu atau sapu tangan. kerana ianya adalah sebuah cerita yang sedih..

Segala-galanya bermula begini.... ehem... ehem...

Beberapa minggu lepas, dalam pukul 10 malam, aku telah membuka komputer ku untuk melayari dunia blog ku. Ya. Itu sudah menjadi seakan rutin aku sebelum tidur, menjenguk sebentar blog ilmiah aku ini. 

Sedang aku asyik membelek-belek blog ini, tiba-tiba komputer aku terus mati. Shutdown gitu...

Ya, komputer aku terpadam sendiri. Lalu aku terus menekan punat on namun langsung tiada reaksi. Arghhh.. sudah jahanam pc aku ini. 

Jadi keesokan harinya selepas balik dari kerja aku pun membawa pc aku itu ke kedai komputer. Nak harap aku repair sendiri memang mustahillah, maklumlah aku ini buta it. Sampai sahaja disana aku di sambut oleh seorang lelaki yang agak kacak, berbadan kurus agak tinggi namun rambutnya sudah beruban. Aku memberitahu beliau niat dan tujuan aku ke situ. Lalu beliau meminta pc aku tersebut untuk di diagnosis.

Aku melihat beliau memporak perandakan casing pc aku dan mula menggodek-godek isi perut pc tersebut. Bermacam cara dan usaha beliau lakukan untuk menghidupkan pc tersebut, namun semuanya gagal. Selang beberapa minit beliau bangun lantas memberitahu aku satu berita buruk.

Beliau mengatakan pc tersebut mengalami kecederan serius pada motherboardnya. Dan beliau memerlukan 3 atau 4 hari untuk memperbaikinya. Beliau mengusulkan aku datang pada hari isnin untuk mengambil pc aku itu. Setelah kata sepakat dicapai, kami pun berjabat tangan dan aku pun memulakan langkah untuk pulang ke rumah.

Di pendekkan cerita, aku telah kembali ke kedai tersebut pada malam hari isnin tersebut. Dengan hati yang agak gembira aku melangkah masuk ke kedai itu dan bertanyakan tentang pc aku itu. Namun jawapan yang aku terima agak mengecewakan...

Itulah jawapan yang aku terima. Aku sempat menjeling ke rak bahagian komputer untuk di repair, pc aku masih duduk di tempat yang sama di letak beberapa hari yang lalu. Seolah-olah tidak berusik langsung. Takpelah, mungkin beliau sibuk. Jadi aku pun menyatakan yang aku akan datang kembali di minggu depannya.

Dipendekkan cerita lagi, pada minggu depannya aku ada menelefon kedai tersebut bertanyakan khabar pc aku tersebut, namun jawapannya tetap sama, belum siap lagi. Dan beliau memberitahu beliau memerlukan beberapa hari lagi untuk memperbaikinya. Beliau berjanji untuk menyiapkannya pada hari khamis.

Dipendekkan cerita lagi, aku datang kembali pada hari khamis tersebut untuk menuntut janji manis yang telah ditaburkan beliau padaku, dan kali ini aku bertekad jika ianya masih belum siap aku akan mengamuk seakan seorang pekebun yang mengamuk disebabkan buah nangkanya kena curi.

Bukanlah aku seorang yang tidak sabar, cuma aku ingin menuntut janji manis yang beliau layangkan padaku. Katanya ianya perkara yang mudah, beliau boleh memperbaikinya dengan cepat, janji aku sanggup mengeluarkan belanja sekitar rm200. Takpelah, kita lihat nanti adakah beliau mampu mengotakan janji beliau itu. Jika tidak, maka beliau akan merasakan amukan bak puting beliung dariku.

Sesampainya di kedai tersebut, aku berasa agak terkejut. Ada kelainan hari ini. Sudah 2 kali aku menjejakkan kaki berbuluku di situ, namun ini yang pertama kali berlaku. Aku di sambut mesra oleh...

Ya. Seorang gadis. Arghhh... lututku memang akan menggeletar setiap kali berhadapan dengan gadis cantik. owh tidak. Mengapa beliau tidak kelihatan sebelum ini? Anehnya..

Kemudian aku pun memberitahu beliau niat dan tujuan aku itu sambil menghulurkan resit dari dompetku. Lalu resit tersebut telah disambut lembut oleh jari jemari putih dan licin gadis tersebut. Namun hati dan perasaan aku hancur luluh pabila si gadis memberitahu pc aku belum siap lagi, masih menantikan sparepart dari pembekal.

Arghhh... takpelah. Tak salah untuk menunggu lagi kan? Tapi untuk berapa lama? Lalu aku menanyakan soalan tentang bilakah pc aku akan siap, lalu beliau menjawab...

Kemudian si gadis menjeling tajam pada ku setelah mendengar jawapan aku itu. Mungkin beliau terasa seolah aku sedang bersikap sinis dengan memerli beliau. Sedangkan aku memang ikhlas menyatakan ianya ok sahaja walaupun pc aku siap direpair tahun depan. Owh ... salah faham di situ..

Sebenarnya motif entri aku kali ini adalah untuk menceritakan tentang faktor-faktor yang mendorong aku untuk menyepikan diri seketika dari berblogging. Sekian terima kasih.

Moral of the story : Kenapalah kedai tersebut meletakkan seorang gadis manis sebagai pembantu jalan kat kedai tersebut. Walau tengah marah langsung jadi tak marah. kehkehkehkeheh.

* grrrr.. habis semua fail-fail lagu, anime dan software-software peberet aku hilang. pc aku sudah kosong, kering kontang takde apa-apa langsung. haha. Kena mula rajinkan diri untuk mendownload kembali.

Support : Catatan Ankel Jonni | Ankel Jonni | Facebook Ankel
Copyright © 2015. catatan ankel jonni - All Rights Reserved
Template Created by Ankel Jonni Published by Ankel Jonni
Proudly powered by Blogger