SELAMAT DATANG KE BLOG CATATAN ANKEL JONNI BLOG YANG RILEK DAN SANTAI JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI. LIKE KAMI DI MEDIA SOSIAL. SELAMAT MEMBACA, MOGA ANDA AKAN TERHIBUR

BULU TANGKIS DAN GINCU

Pada petang ahad semalam, aku menghabiskan masa membersihkan kawasan belakang rumah. Aku tidak bersendirian, aku paksa anak-anak buah aku membantu. Maklumlah sekarang kan cuti sekolah, jadi berkampunglah mereka semua di sini sampai bila pun aku tak tahu.

Setelah mandi, aku baring di depan tv sambil menonton perlawanan badminton di antara Koo Kien Kiat, Tan Boon Heong melawan Cai Yun, fu Hai Feng.

Kemudian aku didatangi oleh anak buah aku yang paling kecil sekali. Beliau bermain-main dengan rambut aku. kemudian dia tanya aku samaada aku nak disikatkan rambut atau tidak. Disebabkan budak itu teramatlah comel, aku tak pernah membantah apa saja permintaannya. Aku benarkan sahaja dia nak buat apa pun.

Kemudian dia bedakkan muka aku...

Kemudian....

Kemudian aku pun bangun nak pergi tengok kat cermin muka aku diselepas di mekap anak buah kesayangan aku tu. Namun pada masa tu jugaklah kak ipar aku masuk....

moral of the story : Inilah pertama kali uncle memakai gincu bibir. Serius tak sedap. Tapi bagi gadis-gadis uncle tengok suka sangat gincu-gincu nih. kejap-kejap tacap bibir... kejap-kejap tacap bibir. kehkehkehkeh.

***** the end *****

BACA

DILAMBUNG DEMAM TROPIKA

Kebelakangan ini, cuaca agak tidak menentu, seringkali hujan. Dan aku pun menerima tempiasnya sekali. Ya. Aku demam.

Jadi pada Jumaat lepas, aku pon tidak datang kerja disebabkan demam. Pada aku, biasalah tu kalau demam, perkara normal yang terjadi pada setiap orang. Dan jika aku demam, aku memang jarang mengambil ubat-ubatan mahupun pergi ke klinik. Aku lebih selesa berehat sambil melantak 100 plus. Dalam 2 3 hari biasanya aku akan sihat seperti biasa.

Namun kali ini agak lain, demam aku ini agak berat. Aku benar-benar tidak larat dan habis satu badan aku sakit-sakit. Serius aku banyak menghabiskan masa dengan berbaring.

Ya. Aku banyak menghabiskan masa dengan tidur sahaja. Sehinggakan 100 plus yang berada disisiku tidak mampu aku teguk. Terasa begitu pahit sekali. Tidak mampu anak tekak aku menelan.

Disebabkan itu, disebelah petangnya aku mengambil keputusan untuk pergi ke klinik. Satu keputusan yang terpaksa aku ambil. Bukan kerana untuk mendapatkan mc, kerana biasanya bila aku tak sihat aku akan cakap aku tidak sihat. Tapi bila bos aku minta surat mc klinik, aku cakap aku tak pergi klinik, duit tadak. harharhar. Bagi aku kalau demam sikit-sikit buang masa je pegi klinik, rehat kat rumah saja dah cukup. 

Jadi petang itu aku pun pergi ke klinik yang biasa aku pergi sejak dulu lagi. Ya. Dah lama aku tak pergi klinik itu sebenarnya. Sebab aku memang tak suka pergi klinik. '

Setelah sampai di klinik tersebut, aku pun melangkah masuk ke dalam klinik tersebut, wow !! ada kelainan di situ. Ya. Pembantu klinik yang menyambutku adalah gadis. Tidak seperti dulu, pembantu klinik tersebut adalah auntie-auntie pertengahan umur yang aku saspek adalah sedara mara doktor tersebut.

Serius, gadis itu begitu comel sekali. Raut wajahnya cukup ayu dan tiada pun seketul jerawat ada di mukanya. Serius comel. Dengan lemah lembut beliau meminta kad pengenalan aku untuk membuatkan apa benda yang diorang nak buatlah. 

Bagi anda yang biasa membaca entri aku mesti akan terfikir, uncle ni kalau citer dia ada bab pompuan mesti akan jadik lain macam. Nanti ada yang kata uncle ni gatal ah, miang ah. Namun pada entri ini tiada apa yang gatal dan miang, segalanya normal sahaja. hmmmm... mungkin ada sikitlah, tak banyak, sekadar 2 camca teh sahaja.

Berbalik pada cerita tadi, setelah siap proses mendaftar, beliau pun meminta aku menyerahkan lengan aku untuk diperiksa. Benda yang balut kat lengan yang lama-lama jadi ketat dan ketat untuk mengukur nadi kita. Kot la...

Kemudian setelah siap, beliau terus mengambil satu alat untuk mengukur suhu badan kita. Alat itu dimasukkan ke dalam telinga kita. Uncle tak tau nama alat itu, mungkin namanya adalah teleskop. Jadi beliau pun memasukkan teleskop itu ke dalam telinga uncle....

Setelah siap semua beliau pun masuk kedalam dan kemudian terus memanggil ku untuk masuk berjumpa tuan doktor. Secara jujur memang ramai orang suka ke klinik ini, bukan di sebabkan pembantu kliniknya yang cantik, tapi sebab doktornya yang amat pemurah ketika memberi mc. Itu kenyataan.

Bila dah siap kena periksa tuan doktor, aku pun keluar dan duduk di bangku tempat menunggu. Ya lah, tunggu ubat. Bila aku di panggil si gadis tersebut menyerahkan sebungkus ubat sambil memberi penerangan serba sedikit tentang dos yang perlu diambil. Kemudian dia menghulurkan resit bagi jumlah wang yang harus aku bayar. Aku pun mengambil resit tersebut dan terus membacanya...

Nota kaki berbulu : Walaupun pembantu klinik di klinik itu begitu ayu sekali, aku memang tak hingin nak kembali kesitu lagi. Mahal beb... 

***** the end ******

PERSOALAN YANG PERLUKAN JAWAPAN

 Jam menunjukkan pukul 6:15 petang, dan aku dalam perjalanan pulang dari kerja. Aku singgah di stesen minyak Petronas untuk mengisi minyak motor ku yang hampir kekeringan. Sampainya di sana kulihat agak penuh stesen minyak tersebut. Nasib baiklah stesen itu mempunyai tempat khas mengisi minyak bagi motorsikal. Setelah ku berhentikan motor aku bersebelahan pam tersebut, aku pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar petrol.

Setelah selesai membayar petrol, aku pun berjalan kembali ke motorsikal aku. Tapi seorang penunggang motorsikal dengan perlahan mendekati aku, lalu beliau menyapa aku...

Sipolan : Kenal aku lagi tak wak? Macam tak kenal je... haha
Pakcik : hahaha.. kenal laaaa.. balik keje ke?
Sipolan : Ak ah.. ingat ko tak kenal aku lagi. Datanglah jalan rumah aku sekali sekala, raya pun tak pernah datang, aku je yang datang raya rumah engkau selalu.
Pakcik : hahahahaha.. bukan tak nak datang... segannnn..
Sipolan : hahaha... nak malu apanya lah... lama tak jumpa ko. Sama je ko ni dari dulu sampai sekarang, tak berubah langsung. eh! dah nak hujan nih, gerak dulu lah..
Pakcik : ye lah.. baik-baik merempit..
Sipolan : hahaha.. kirim salam kat semua ye.. kirim salam kat abang RELA tu. Dulu selalu jumpa dia, sekarang dah lama tak jumpa.
Pakcik : InsyaAllah...
Sipolan : Jalan dulu wak... Assalamualaikum...
Pakcik : Waalaikumsalam...

Kemudian sipolan pun berlalu dikala langit kian menggelap. Sedikit masa lagi, hujan akan turun. Kemudian aku terfikir sesuatu...

Apakah kesimpulan dari kisah di atas?

a) Uncle memang seorang yang awet muda. Tidak banyak perubahan dari dulu sampailah beliau remaja sekarang.

b)Semakin ramai pengusaha stesen minyak yang mempertaruhkan brader Bangladesh di kaunter pembayaran berbanding meletakkan gadis-gadis tempatan yang comel-comel.

c) Indeks kebolehan mengingat uncle sudah mengalami penurunan. Mungkin disebabkan oleh faktor usia.

d) Datuk uncle mempunyai 3 orang isteri. Menyebabkan uncle mempunyai ramai saudara-saudara tiri. Yang mana mereka amat jarang sekali berjumpa kecuali ketika Hari Raya Aidilfitri ataupun ketika ada kenduri atau majlis-majlis tertentu saudara terdekat.

e) Semua diatas.

LAYAR IMPIAN : ANDAI DIA BOS KU

Jika berbicara tentang majikan, tak semua bernasib baik mendapat bos yang baik. Dan aku tergolong dalam kumpulan itu. Ya, bos aku agak ganas. Sehinggakan rakan aku akan berkata begini setiap kali bos aku turun..

" Hmmm... orang tua kutuk dah turun dahhhh.. "

Itu ayat rakan aku. Aku pula tidak tergamak untuk memanggil beliau sebegitu, tidak elok. Aku hanya menggelar bos aku sebagai kanggaru.

Kadang-kadang aku terfikir, macam mana rasanya mempunyai majikan yang baik. Serius aku impikan seorang bos yang baik hati, penyayang dan understanding. Owh... dan semestinya beliau seorang gadis manis yang belum kahwin. Itu pasti.

Sebenarnya aku tak kisah pun bos aku itu dari etnik yang mana, asalkan beliau seorang yang amat memahami itu sudah cukup bagus. Yang dengan ikhlas sudi membantu pekerja bawahannya. Yang akan melayan baik setiap pekerjanya secara adil dan saksama. Owh.. sudah semestinya beliau mestilah seorang gadis yang masih belum berkahwin. Itu penting.

Arghh.. itu semua hanya khayalan, tak mungkin akan terjadi. Bagai sebuah mimpi yang tak mungkin akan menjadi kenyataan.

Bercakap tentang mimpi, semua orang pernah mengalami mimpi yang indah bukan? Tak kisahlah mimpi dating dengan pasangan, bercanda di tepi pantai mahupun mimpi menaiki roller coaster di fun fair atau taman tema. Yang pasti, ianya sebuah mimpi yang cukup indah buat anda.

Mungkin anda akan tersenyum bila mengingatinya. Namun bagi aku pula, aku tidak menyukai mimpi-mimpi indah ini. Pokoknya memang aku tidak suka. Ini kerana seindah mana pun mimpi itu, ia hanyalah sebuah mimpi. Dan kita tak akan mungkin akan sampai ke penghujung ceritanya.

moral of the story : Jatuh katil di rumah kayu jauh lebih baik dari jatuh katil di rumah batu.

Support : Catatan Ankel Jonni | Ankel Jonni | Facebook Ankel
Copyright © 2015. catatan ankel jonni - All Rights Reserved
Template Created by Ankel Jonni Published by Ankel Jonni
Proudly powered by Blogger