Peristiwa ini berlaku sudah lama dulu, sebab tadak cerita, maka ankel pun ceritakan cerita ini hari ini.
Ceritanya bermula disebuah kedai runcit yang tak jauh dari rumah ankel. Sebuah rumah kedai sebenarnya, depan kedai belakangnya pula bersambung dengan rumah tuan kedai. Ankel datang untuk membeli rokok...
Yang menjaga kaunter ketika itu adalah anak gadis yang masih budak lagi, baru dalam tingkatan 2 atau 3 gitu. Namun tiba-tiba keadaan menjadi sedikit gamat pabila kakak beliau masuk ke kedai. Kakak beliau masuk dengan hanya memakai seluar pendek dan tshirt sukan tanpa lengan. Dan tshirt itulah yang menjadi isunya.
Ya, si adik memarahi kakaknya yang memakai tshirt kepunyaan beliau. Dan suasana menjadi bertambah gamat pabila kata-kata menjadi semakin kasar.
Percakapan mereka semakin kasar dan terkeluarlah kata-kata yang tidak enak didengar seperti nama haiwan yang amat sinonim digunakan ketika dalam situasi marah atau memaki-hamun.
Dan ketika itu ankel hanya mampu berdiri terkebil-kebil melihat mereka berdua bergaduh. Ya, dan situasi itu amatlah menakutkan. Serius menakutkan bila melihat dua gadis bercakaran berebutkan sesuatu. Jujur ankel katakan adalah amat tidak berbaloi bergaduh hanya kerana sehelai tshirt yang tiada lengan pun. Dan baju itu agaklah seksi sebenarnya.
Dan pada ankel jika mereka bergaduh disebabkan sesuatu yang agak relevan, itu boleh dimaafkan, tapi ini hanya kerana sehelai baju. Sebagai contoh, ankel tak kisah jika mereka bergaduh disebabkan berebut....
Ya, jika mereka berebutkan ankel, ankel redha je. kuikuikuikui. Owh takdelah, ankel berseloroh je. Tak elok bergaduh-gaduh kan? Lagi-lagi di depan orang ramai, sangatlah tidak cool.
Tapi jujur ankel katakan, ankel pernah terperangkap dalam percakaran yang lebih gawat lagi. Ya, di kedai itu juga. Serius ini cerita benar.
Ya, puan kedai dok bising-bising kat tuan kedai disebabkan sorang pelanggan pompuan. Kesian pelanggan pompuan tu, keluar tergesa-gesa dengan muka merah padam sebab malu. Ankel yang dok tercongok depan kaunter sambil terkebil-kebil menonton drama itu, pun gila malu. Berbulan juga ankel tak jejak ke kedai tersebut. kuikuikui
Tapi itulah warna-warni kehidupan. Kan? Macam-macam ada.
***** the end *****