PROFAIL ANKEL JONNI


Nama glamer  :  Ankel Jonni
Umur               :  warga keemasan
Asal                 :  Banting, Selangor
Hobi                :  Tidur
Status              :  baik-baik sahaja.
Tinggi             :  180 cm
Berat               :  55 kg


Frequently asked Question;


Ankel Jonni ni kartunis ya ?
Tak lah. Ankel bukan kartunis. Ankel minat kartun je. Semua kartun-kartun kat dalam blog ni pun semuanya tiru-tiru kat majalah. Tapi kartun ankel ada pernah keluar di majalah Kembara Ustaz dan Majalah UOK? buat seketika.


Muka Ankel sama ke dengan yang kartun tu ?
Tak. Langsung tak sama. Jauh panggang dari api. Jauh ayam dari ketuhar gelombang mikro. Kartun tu tiru watak kartun Aie sebenarnya. Ankel memang minat tul kat lukisan Aie tu.


Adakah blog ini blog catatan peribadi ?
mmmm... tak jugak. Saja je suka-suka. Blog ni dibuat atas dasar seronok-seronok je. Bukan tempat nak mengadu domba atau meluahkan perasaan. Sekadar seronok-seronok.


Jadi semua cerita kat sini tipulah maknanya ?
Tak jugak. Semuanya berdasarkan cerita atau situasi yang memang terjadi, cuma ditokok tambah dengan kartun-kartun yang over. Barulah seronok. Contoh siap tambah gambar-gambar muntah. Padahal tak muntah pun. Camtulah kiranya.


Sebab apa Ankel berblogging? Nak cari kenalan ke ? Nak jana pendapatan sampingan ke? Apa cer sebenarnya ?
Sebab mak Ankel yang suruh.


Betul ke Ankel tau buat bergedil ?
tau lahhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......










***** the end *****