Hari ahad kita karaoke

    Setiap orang ada aktiviti sendiri setiap hari ahad, maklumla hari cuti. Dan aku pulak pergi karaoke bersama rakan taulan aku pagi tadi. Itupun diorang yang keluar belanja... aku cuma sumbangkan suara aku nyanyi lagu Faizal Tahir. Kira boleh tahan lah nyanyian aku tadi... ada potensi...


   Pada permulaannya malu gak nak nyanyi walaupun bukannya ada orang lain... semua member-member je. Bukan apa... segan.... aku ni tak berapa nak pandai menyanyi. Tapi memandangkan suara mereka semua macam haram.... aku pun belasah jer lah. Maka berkumandanglah jeritan dan nyanyian hebat dari kami hampir lebih 2 jam.


        Tapi bila di fikirkan seronok gak tadi. Takpelah sekali-sekala layan citarasa kawan-kawan yang masih muda. Selalunya aku lebih suka layan kawan aku yang lebih veteran, bila dengan diorang sudah tentu pergi.... memancing. Aku ni bukanlah kaki memancing tapi lepas  ikut diorang, dah dapat rasa keseronokan naikkan ikan.... aku ketagih jugaklah...  kadang-kadang.


        Macam kawan aku tu dah tahap kaki  dah, sanggup beli set pancing harga seribu lebih, pergi ikut pertandingan mancing sini sana. Aku pulak pancing pun takde... pinjam dia punya. Habis pancing dia pun ada sampai  7  8 batang. Dari yang kecik sampai bapak panjang joran tu... dia tak pakai, biar aku yang pakai. Tapi dalam bab mancing nih kadang-kadang tu dok berjam ikan yang naik tu semuanya bersaiz comel-comel.  Agak hampa gak la. Tapi sesekali tu yang naik agak gedabak tu yang seronok tu. Tak sia-sia dok tunggu berjam-jam... berpanas terik... balik umah kulit rentung dan hangus ... badan bau semerbak...tapi semua tu tak penting.  Apa yang penting.... Dapat lepak ngan kawan-kawan.


        Tapi tu lah bila kita bergaul ngan kawan-kawan nih, lain umurnya... lainlah kegemarannya. Yang muda tentulah citarasa muda.... yang veteran takkanlah gi merempit pulak kan. Aku pulak masuk kandang kambing mengembek... masuk kandang itik.... menge..... menge....  Entahlah aku pun tak tau.....

Comments

  1. hakhakhak... ye ke itik bunyi kuek... kuek....
    aku ada bela 3 eko itik laaaaa... kehkehkeh

    ReplyDelete
  2. masuk kandang kambeng mengembek
    masuk kandang itik mengequek
    haha pakcik masuk kandang ke? kihkih.
    gurau3 kasar je, jgn amik hati,hihi
    best laa blog pakcik nii.
    sekian terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila beri komen dengan penuh kasih sayang...
Terima Kasih.