Makan bola, tidur bola, pendek kata semuanya bola

         World cup... Tinggal seminggu lagi sebelum piala dunia bermula. Inilah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua kaki2 bola. Inilah masanya kita dapat lihat pasukan2 terbaik dunia beraksi. Tapi pada aku hari yang paling bermakna... hari yang paling kutunggu- tunggu.. adalah hari bila mat despatch tempat aku kerja cakap... " gaji dah masuk.. dah boleh cucuk dah". Terima kasih ye Mazrul sebab masukkan gaji kitorang.

    Aku pun tergolong dalam spesis peminat bola. Aku adalah penyokong skuad Argentina. Kalau kelab pula aku minat Manchester United dan Real Madrid. Pasukan tempatan pulak, aku sokong Selangor Darul Ehsan. Maklumlah aku lahir kat Selangor. Cuma sekarang aku dah kurang layan bola dah tak "gila" macam dulu. Mungkin sebab usia yg dah bertambah lanjut, atau mungkin skrg aku lebih meminati sukan artistik macam gimnastik dan renang kot. Kehkehkeh...  Tak lah.. sebab utama aku dah kurang layan bola sebab ramai idola2 bola aku dah pencen.

    Aku rasa dah kurang best bila Roberto Carlos, Zinedine Zidane, Gabriel Batistuta, Del Piero tak main kat piala dunia. Kalau pasukan Chile ada penyerang yg muka lebih kurang tapi lain mak bapak iaitu Marcelo Salas dgn Ivan Zamorano. Kalau mexico ada Cuahtemoc Blanco. Aku tak boleh lupa skill dia kepit bola ngan dua kaki dia pastu lompat. Skill simple tapi berkesan. Pendek kata ramai lah pemain yg terer2 malas nak sebut semua... leceh. aku ni dahla menaip lambat. Tapi dalam banyak2 jaringan aku tak boleh lupa tendangan percuma Roberto Carlos masa lawan Perancis... sampaikan Fabian Barthez cuma boleh tengok je. Dia punya bola punyalah laju siap boleh melencong pulak tu. Agaknya kalau kena kepala tu boleh demam.. takpun sewel terus.                                                                                                                           


                   Aku bukan nak cakap star2 skrg tak bagus, cuma aku lebih meminati orang2 lama mcm Ariel Ortega ngan Davor Shuker. Skrg ni adalah zaman Messi, Wayne Rooney, Cristiano Ronaldo, Fernando Torres, Didier Drogba. Kalau German aku minat tengok Philip Lahm ngan Bastian Schweinsteiger. Macam Messi tu aku suka tengok cara dia gelecek, badan bantut tapi lari macam lipas kudung. Secara peribadi aku rasa rugi United lepaskan Carlos Tevez, sebab dia tu ok apa, dahla dari Argentina plak tu.

                    Walaupun world cup dah takde zidane, Batistuta ngan Ronaldo yg agak montel tu... tengok tetap tengok. Sebab dalam piala dunia edisi akan datang.... akan ada ramai pemain masa sekarang akan pencen dan tak main lagi dah. Diorang duduk kat rumah je jaga anak cucu ,kemas rumah. Petang2 lepak kat kedai kopi sembang ngan kawan2 sambil tegok wrestling. Pencen la katakan.

                  Aku pulak bila nak pencen tengok bola? Soalan yg akan hanya terjawab bila sampai masanya nanti....

Comments

  1. Hi abg jonni,
    salam perkenalan drpd abgjas. terima kasih krn sudi menjadi follower blog 'pedang samurai'.

    Klu pasal bola world cup ni, abgjas minat Germany sjk zaman jurgen klinsmann lg...

    syg ballack x main kali ini..

    ReplyDelete
  2. i followwww.... Walawei lama tu... kalo german best tgk bastian schweinsteiger ngan philip lahm. Tapi Argentina tetap juara.... sori bro..

    ReplyDelete
  3. yepp . memang mase tu sokong Argentina! but dislike Maradona . phewww .

    ReplyDelete
    Replies
    1. hakhakhak... maradona tu legend arrrrrrrr... legend tu... napa x suka. kehkehkehkeh.

      Delete

Post a Comment

Sila beri komen dengan penuh kasih sayang...
Terima Kasih.