SELAMAT DATANG KE BLOG CATATAN ANKEL JONNI BLOG YANG RILEK DAN SANTAI JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI. LIKE KAMI DI MEDIA SOSIAL. SELAMAT MEMBACA, MOGA ANDA AKAN TERHIBUR

Sambutan syawal Abg Jonni (episod 4)

(episod 1)   (episod 2)   (episod 3)

            Baru sahaja aku terlelap sekejap, tiba-tiba aku terasa badan aku di goyang-goyangkan dengan agak kasar. Bila aku buka mata aku lihat abang ngah aku sedang mengejutkan aku dari tidur dengan penuh kesungguhan.  Dan ku lihat wajahnya agak bengis ketika itu lalu membuatkan aku bingkas bangun dan mencapai tuala mandi.

        Dengan wajah yang layu, kuyu sambil mata terkebil-kebil aku pun mengucapkan ungkapan ini dengan tanpa rasa bersalah...

Abg Jonni : Alaaa... rileksla broooo... awal lagi ni...

Abg Ngah : Apa bro.. bro... pergi mandi lah dah pukul berapa nih.

         Dengan mengukir senyuman kambing aku pun berlalu menuju ke bilik air. Dan bila sampai di bilik air ku lihat pintunya bertutup dan kedengaran bunyi air menghempas ke lantai simen. "Ah! ada orang mandi " bisik hati kudusku. Lupa pula aku, tahun ini semua adik beradik aku beraya disini.

          "mmmm.. janganlah kak long yang mandi, alamat sejamlah aku menunggu" bisik nuraniku. Itu memang hakikat kerana kak long aku memang pemegang rekod 5 tahun berturut-turut sebagai  orang yang mandi paling lama dalam keluargaku.

           Dahulu situasi kami sekeluarga jauh berbeza dari sekarang, kami hanya berlima sahaja dalam keluarga ini, ibu dan 4 adik beradik lelaki. Yang mana yang paling bongsu dan paling baik budi pekertinya adalah aku. harharharhar... gelak jap. Kini telah bertambah 2 orang kakak ipar, dan 6 orang anak buah. 

           Sekarang tugas ibu lebih mudah kerana dibantu oleh 2 orang menantu, tak perlulah mengharapkan 4 hero yang cukup unik perangainya. Dari kecil kami diajar untuk membantu kat dapur masa raya. Teringat lagi dahulu kecik-kecik lagi masing-masing dah di ajar buat ketupat. Tapi yang lekat dok mengayam 2 orang je, aku dan abang ngah, lagi 2 senyap-senyap keluar main meriam. huhuhu.

            Pada pagi tersebut agenda utama kami sama macam tahun-tahun sudah, iaitu pergi sembahyang raya pastu menziarahi kubur arwah ayah dan nenek.

Aku mengenakan baju melayu berwarna biru, kain pelikat dan kopiah putih yang ibuku beli ketika menunaikan haji 3 tahun dahulu. Aku memang suka kopiah putih tersebut, amat selesa bila dipakai.

Tahun ini aku tak membeli baju raya ke, songkok ke ke, atau apa-apa je, sebab bagiku baju-baju tahun sudah pun berapa kali je pakai. Buat apalah nak beli lagi, pakai je apa yang ada.

     Selesai sahaja rutin tahunan kami, kami balik dan bersarapan bersama ahli keluarga. Masing-masing sudah cantik berbaju baru, baju raya berbagai fesyen. Aku tengok kak long aku dah macam artis tahun 60 an dengan baju ala-ala kebayanya itu. Patutlah abang long aku tergila-tergilakan dia.

        Habis makan kami pun berkumpul dan bermulalah sesi yang aku tak berapa nak sedap nak tengok, sesi bermaaf-maafan. Bukan apa memang sedih masa itu, yang paling tangkap syahdu kak ngah aku. Maklumlah konfom nangis-nangis punya masa bermaafan ngan mak aku. Tapi tu lah, tiap-tiap tahun camtu sebak gila tengok bila 2 orang kakak ipar aku bermaafan ngan ibu. Yang laki-laki pulak kontrol macho je walaupun sebenarnya tak macho. Serius sedih saat itu.

       Pastu ikut giliran dari yang muda bermaafan dengan yang lebih tua. Dan lelaki tua terakhir adalah aku, yang mana mereka-mereka yang bermaafan denganku adalah 6 orang anak buah kesayangan aku. 

       Sudah menjadi tabiat buruk aku, untuk memberi duit raya pada anak-anak buah aku dalam bentuk sebungkus duit syiling. Tengoklah berapa banyak syiling dapat aku kumpul dalam setahun tu. Tahun ini aku bagi seorang rm20 dalam bentuk syiling 10sen dan 20sen. Berat wooooo.....

          Selalunya aku akan cakap malas nak bagi duit kertas sebab nanti duit tu dapat kat ayah diorang, habis buat beli rokok. Tapi sebenarnya niat aku nak ajar anak-anak buah aku menabung. Kerana aku tahu setiap seorang dari mereka ada tabung mereka sendiri.

         Selalunya memang diorang seronok dapat bungkusan tu sebab benda tu banyak dan berat gila. huhuhu. Masuk poket baju melayu habis melendut. Tapi ada juga kedengaran kata-kata yang kurang enak didengar....

Along : Tiap-tiap tahun asyik dapat duit syiling... apalah paksu ni... kedekut...

harharharhar. Aku tau mak dia iaitu kak ngah yang suruh along cakap camtu. Sebab diorang asyik bisik-bisik je sambil jeling-jeling aku.

Tersentak mendengar kenyataan itu, aku pun menjawab...

Abg Jonni : Hah! kalu taknak bagi balik... meh sini bagi balik...

     Maka bermulalah aksi kejar mengejar sekejap di antara aku dan anak buah aku yang paling besar tu. 

        Inilah balasan beliau kerana berani mengkritik tindak tanduk aku itu. Sudah lupakah  dia siapa yang selalu bawa dia berjalan-jalan naik motor ketika dia berusia 2 tahun. Jalan-jalan tengok air sungai, tengok kunci air, tengok kambing biri-biri kat ladang di hujung kampung. Selalu bawak pergi kedai beli ais krim. Siapa pulak yang dengan sabar mengajar dia naik motor sampai pandai? siapa? mestilah bapak dia... bukan aku... harharhar. Ooooo... mentang-mentang dah sunat sekarang nak melawan pulak eh? Cissss!!!.. 

         Huhuhu. Takdelah. sebenarnya itu semua gurauan mereka pasal tabiat aku suka bagi segenggam syiling tu. Tiap-tiap tahun aku kena bahan. Standardlah tu...

        Ok. Dah penat. sambung esok. Babai.....

....to be continued....

BACA

Sambutan syawal Abg Jonni (episod 3)

(episod 1)   (episod 2)  (episod 4)

        Setelah siap memotong ayam semua, aku pun menyerahkan potongan tersebut kepada kedua kakak iparku untuk dimasak. Lalu aku pun kembali melakukan kerja aku yang tergendala tadi iaitu.... membersihkan disekeliling halaman rumah. 

        Disebelah malamnya pula aku menjalankan operasi merebus ketupat. Maklumlah esok nak raya, takde ketupat takdelah raya ye dak?

         Tahun ini kitorang buat ketupat original, maklumlah tahun lepas kitorang bantai ketupat segera sahaja. huhuhu. Nasib baiklah kak ngah aku balik awal sikit, banyak gak lah dia anyam ketupat tu. Takdelah aku anyam ketupat sorang-sorang macam tahun yang terdahulu. 

         Dan kawan aku ada gak lepak situ hari sebelumnya, dia dapat belajar anyam ketupat dalam masa setengah jam sahaja. Ya tuan-tuan dan puan-puan.... kawan saya telah dapat mengayam ketupat setelah saya ajar dia dalam setengah jam sahaja. Jadi kesimpulannya aku adalah seorang yang berbakat besar menjadi cikgu mengayam ketupat. 

          Lepas siap masukkan ketupat dalam periuk untuk direbus semua, aku langsung tolong kak long aku membersihkan bahagian dalam rumah pulak. 

          Kebiasaannya emak yang selalu kemas-kemas rumah semua, tapi tahun ini beliau tidak sihat jadi anak-anaklah yang buat  pulak. Macam biasalah korang pun buat benda yang sama gak kan? Pasang langsir, kemas-kemas semua, buang-buang habuk bagai. 

          Tapi dalam banyak-banyak kerja, kerja inilah yang paling penting untuk dibuat. Pada pendapat akulah... iaitu untuk membuang habuk pada sesuatu yang cukup tua, besar dan asyik duduk kat depan tv. Dok depan tv je taunya... Nak tau apa? Haaaa...

        Abang long aku laaa... Bukan nak tolong buat apa-apa, tengok tv je. Pastu main mercun dengan anak dan anak buah dia. Langsung tak nak tolong satu benda pun. huhuhu. Tapi tu lah dia memang tak buat kerja-kerja yang feminin nih, kerja berat-berat dia buat.

       Kesimpulannya aku agak penat gak hari tu. huhuhuhu. Maklumlah esok nak raya. Dan aku tidur tersangatlah lena malam tu.

         Malam tu aku tidur taklah lewat sangat, dalam pukul 2 gitu. Memang tak sedar sangat, baring je terus lelap. Tak sempat nak mimpi apa-apa pun. Tau-tau dah pagi.

Pagi raya.

        Sedang nyenyak tidur, tetiba abang ngah aku kejut, aku pun bangunlah. Menguap dua kali ganda lagi besar dari biasa. Kepala pun pening-pening sikit, rasa ngantuk sangat. Badan rasa sengal gila. Jadi aku pun bantai baring dan tidur balik.

Sambutan syawal Abg Jonni (episod 2)

(episod 1)  (episod 2) (episod 3) 

            Setelah diarahkan oleh Kak Long aku, aku pun berjalan kearah belakang rumah atau dengan lebih tepat lagi dibahagian dapur. Dan apa yang aku lihat Kak Ngah aku sedang menyiapkan bahan-bahan untuk memasak. Dan disuatu sudut berhampiran dengan bilik mandi kelihatan abang ngah aku sedang duduk memotong ayam. Kemudian beliau memanggil aku....

Abg Ngah : Hah!! bagus ko datang... nah sambung potong ayam ni, tinggal sekor je nak kene potong. Pastu ko cuci bersih-bersih eh?

Abg Jonni : Haaa... takde... takde... jangan buat kerja separuh jalan, potong kasi habis. Aku nak buat benda lain nih.

Abg Ngah : Tolongler.. aku dah sakit pinggang ni duduk dari tadi, dahlah tak cukup tidur malam tadi.

Abg Jonni : Hmmmm... ye lerrrrrrrrrr.....

         Memandangkan dikalangan adik beradik aku, aku paling rapat dengan Abg Ngah, aku pun redha dan pasrah untuk menyambung kerja potong memotong ayam ini. Lalu aku pun duduk... dan aku memegang seekor ayam yang masih bulat, belum di potong lagi...     

Abg Jonni : Ayam... ayam... ko pernah rasa tak jadi anak bongsu? Kalo ko nak tau gila tensen.... asyik-asyik aku... asyik-asyik aku... Asal ada benda nak buat mesti suruh aku. Ko faham tak apa aku cakap nih. Ah!! ko mana tau.... ko ayam....

Abg Jonni : Kak Long.... dah boleh masuk ayam nih... dah boleh dah ni...

Kak Long : Belum laaa.... nantilah tunggu naik minyak dia....

Abg Jonni : Alah... masuk je Kak Long... sama jeeee... nanti ayam tu kena masukkan gak... baik masukkan sekarang....

Kak Long : Aish.... ko niiiiiiiiiiii.....

Abg Jonni : Kak Long.... Kak Long pernah masuk karaoke tak?

Kak Long : Pernah... tapi dululah masa akak belum kawen dengan abang ko tu....

Abg Jonni : Jom karaoke nak?

Kak Long : Bila?

Abg Jonni : Sekarang.......

Can we pretend that airplanes
In the night sky
Are like shooting stars
I could really use a wish right now (wish right now, wish right now)

Yeah
I could use a dream or a genie or a wish
To go back to a place much simpler than this
Cause after all the partyin’ and smashin’ and crashin’
And all the glitz and the glam and the fashion
And all the pandemonium and all the madness
There comes a time where you fade to the blackness
And when you’re staring at that phone in your lap
And you hoping but them people never call you back
But that’s just how the story unfolds
You get another hand soon after you fold
And when your plans unravel
And they sayin’ what would you wish for
If you had one chance
So airplane airplane sorry I’m late
I’m on my way so don’t close that gate
If I don’t make that then I’ll switch my flight
And I’ll be right back at it by the end of the night

Somebody take me back to the days
Before this was a job, before I got paid
Before it ever mattered what I had in my bank
Yeah back when I was tryin’ to get into the subway
And back when I was rappin’ for the hell of it
But now a days we rappin’ to stay relevant
I’m guessin that if we can make some wishes outta airplanes
Then maybe yo maybe I’ll go back to the days

Before the politics that we call the rap game
And back when ain’t nobody listened to my mix tape
And back before I tried to cover up my slang
But this is for the Cada, what’s up Bobby Ray
So can I get a wish to end the politics
And get back to the music that started this sh-t
So here I stand and then again I say
I’m hopin’ we can make some wishes outta airplanes

Kak Long : Hallo sedara.... Hallo...... dok berangan la tu... sedara oiiii....

Kak Long : Hallo sedara... ayamnya mana? Dari tadi asyik dengar lagu hangguk-hangguk kepala.... ayamnya dah siap belum? Akak dah nak masak nih....

Abg Jonni : hehehehe... tengah potong la ni... tengah potong la niiiiii

Sambutan syawal Abg Jonni (episod 1)

(episod 2)

            Hmmm.. dah lama gila aku tak mengemaskini blog dan beraya ke blog kawan-kawan. Walaupun raya dah habis aku tetap nak cerita tentang sambutan raya aku. Lagipun takde benda lain nak cerita sebenarnya. Harharhar.... layan je lah ye.

Ok. ceritanya berbunyi begini... ehem... ehem...

Sehari sebelum hari raya....

kak long : Hah!! Ni la kerja engko... main game... main game...Pergilah turun bawah tolong-tolong sapu sampah tu. Bersihkanlah keliling rumah tu.... esok kan dah raya.

Abg Jonni : Nantiler jap... abg long ngan abg ngah kan ada... suruhlah diorang buat....

kak long : Ak ah... abg ngah ko tu pegi beli barang-barang nak masak nanti. Abg long ko tu balik dah dekat subuh tadi, tengah tido.....

Abg Jonni : Apalah laki kak long tu... tido... tido... tido je taunya..

kak long : wah wah wah budak nih, mulut tak reti nak jaga. Jom la gotong royong sama-sama.... tak kesian ke kat mak tu, sakit, nak berjalan pun sakit. 

Abg Jonni : Ye laaaaaaa... orang pergi buatlah ni.... potong stim ah akak nih.

kak long : Bersihkan bawah pokok rambutan tu, pastu nanti tolong kat dapur masak ketupat.

Abg Jonni : Ye ler... ye ler... nak pergi la nih. kecohlah kak long nih.

Kak long : Dah.. dah.. kalau tak ikhlas tak payah buat, duduk je main game tu.

Abg Jonni : Kak long gila!!

Kak Long : Woi!!

Abg Jonni : kahkahkah... takpe.. esok kan raya nanti kita bermaaf maafan eh? eh? eh?

Kak Long : Banyak cantik ko punya eh? eh? eh? Kalo tak bersih bawah pokok rambutan tu... jaga ko!!

Abg Jonni : Yes pempuan garang!!

Abg Jonni : Asal keruk sampah je aku... asal aku je keruk sampah. Memang muka aku je yang kena buat benda nih. Hmmmmm... nak harapkan diorang? harammmmmmm....

        Begitulah ceritanya tuan-tuan dan puan-puan, tender projek keruk mengeruk daun-daun kering ni memang sudah sinonim dengan diriku. Pendek kata memang aku yang membuatnya selalu.. Tapi sebenarnya aku membuat tugasan itu dengan rela dan ikhlas, sebab kami adik beradik bersekongkol nak menyiapkan segala persiapan raya bersama. Ini kerana ibu kami tak berapa sihat ketika itu.

Abg Jonni : Ah!! bosan plak buat benda nih, haaaa... baik aku mengeruk sambil layan lagu, baru best.... tapi nak layan lagu apa eh? hmmm...
haaaaaaa... baik layan lagu nih...

 Lalu aku pun memasang mp3 di telefon bimbit buruk ku. Dalam banyak-banyak lagu aku telah memilih lagu yang cukup di minati salah seorang rakan aku nih. Aku pun tak paham mengapa dia menyukai lagu ini.... tak paham aku... layan je lah...

mmmm... mmmmm....
mmmm... mmmmm....

aaaaa... aaaaaa.....
aaaaa... aaaaaa.....

By the rivers of Babylon
Where we sat down
There we wept
When we remembered Zion (2x)

For the wicked
Carried us away captivity
Requiring from us a song
How can we sing a song of joy in a
strange land (2x)

So let the
Words of our mouths
and the meditations of our hearts
be acceptable in Thy sight
here tonight (2x)

By the rivers of Babylon
Where we sat down
There we wept
When we remembered Zion (2x.)

               Sedang asyik mengeruk dedaun kering, tanpa ku sedari kakak iparku mendatangi aku dari belakang. Lalu......

Kak Long : Wah wah wah... dari tadi asyik menyanyi nyanyi, satu benda pun tak siap. Dah.. dah... jom pergi belakang tolong akak masak.

Abg Jonni : Adeih......

......To be continued.....

Support : Catatan Ankel Jonni | Ankel Jonni | Facebook Ankel
Copyright © 2015. catatan ankel jonni - All Rights Reserved
Template Created by Ankel Jonni Published by Ankel Jonni
Proudly powered by Blogger