Sambutan syawal Abg Jonni (episod 4)

(episod 1)   (episod 2)   (episod 3)


            Baru sahaja aku terlelap sekejap, tiba-tiba aku terasa badan aku di goyang-goyangkan dengan agak kasar. Bila aku buka mata aku lihat abang ngah aku sedang mengejutkan aku dari tidur dengan penuh kesungguhan.  Dan ku lihat wajahnya agak bengis ketika itu lalu membuatkan aku bingkas bangun dan mencapai tuala mandi.


        Dengan wajah yang layu, kuyu sambil mata terkebil-kebil aku pun mengucapkan ungkapan ini dengan tanpa rasa bersalah...


Abg Jonni : Alaaa... rileksla broooo... awal lagi ni...


Abg Ngah : Apa bro.. bro... pergi mandi lah dah pukul berapa nih.


         Dengan mengukir senyuman kambing aku pun berlalu menuju ke bilik air. Dan bila sampai di bilik air ku lihat pintunya bertutup dan kedengaran bunyi air menghempas ke lantai simen. "Ah! ada orang mandi " bisik hati kudusku. Lupa pula aku, tahun ini semua adik beradik aku beraya disini.






   
          "mmmm.. janganlah kak long yang mandi, alamat sejamlah aku menunggu" bisik nuraniku. Itu memang hakikat kerana kak long aku memang pemegang rekod 5 tahun berturut-turut sebagai  orang yang mandi paling lama dalam keluargaku.


           Dahulu situasi kami sekeluarga jauh berbeza dari sekarang, kami hanya berlima sahaja dalam keluarga ini, ibu dan 4 adik beradik lelaki. Yang mana yang paling bongsu dan paling baik budi pekertinya adalah aku. harharharhar... gelak jap. Kini telah bertambah 2 orang kakak ipar, dan 6 orang anak buah. 


           Sekarang tugas ibu lebih mudah kerana dibantu oleh 2 orang menantu, tak perlulah mengharapkan 4 hero yang cukup unik perangainya. Dari kecil kami diajar untuk membantu kat dapur masa raya. Teringat lagi dahulu kecik-kecik lagi masing-masing dah di ajar buat ketupat. Tapi yang lekat dok mengayam 2 orang je, aku dan abang ngah, lagi 2 senyap-senyap keluar main meriam. huhuhu.


            Pada pagi tersebut agenda utama kami sama macam tahun-tahun sudah, iaitu pergi sembahyang raya pastu menziarahi kubur arwah ayah dan nenek.


Aku mengenakan baju melayu berwarna biru, kain pelikat dan kopiah putih yang ibuku beli ketika menunaikan haji 3 tahun dahulu. Aku memang suka kopiah putih tersebut, amat selesa bila dipakai.


Tahun ini aku tak membeli baju raya ke, songkok ke ke, atau apa-apa je, sebab bagiku baju-baju tahun sudah pun berapa kali je pakai. Buat apalah nak beli lagi, pakai je apa yang ada.




     Selesai sahaja rutin tahunan kami, kami balik dan bersarapan bersama ahli keluarga. Masing-masing sudah cantik berbaju baru, baju raya berbagai fesyen. Aku tengok kak long aku dah macam artis tahun 60 an dengan baju ala-ala kebayanya itu. Patutlah abang long aku tergila-tergilakan dia.


        Habis makan kami pun berkumpul dan bermulalah sesi yang aku tak berapa nak sedap nak tengok, sesi bermaaf-maafan. Bukan apa memang sedih masa itu, yang paling tangkap syahdu kak ngah aku. Maklumlah konfom nangis-nangis punya masa bermaafan ngan mak aku. Tapi tu lah, tiap-tiap tahun camtu sebak gila tengok bila 2 orang kakak ipar aku bermaafan ngan ibu. Yang laki-laki pulak kontrol macho je walaupun sebenarnya tak macho. Serius sedih saat itu.


       Pastu ikut giliran dari yang muda bermaafan dengan yang lebih tua. Dan lelaki tua terakhir adalah aku, yang mana mereka-mereka yang bermaafan denganku adalah 6 orang anak buah kesayangan aku. 


       Sudah menjadi tabiat buruk aku, untuk memberi duit raya pada anak-anak buah aku dalam bentuk sebungkus duit syiling. Tengoklah berapa banyak syiling dapat aku kumpul dalam setahun tu. Tahun ini aku bagi seorang rm20 dalam bentuk syiling 10sen dan 20sen. Berat wooooo.....






          Selalunya aku akan cakap malas nak bagi duit kertas sebab nanti duit tu dapat kat ayah diorang, habis buat beli rokok. Tapi sebenarnya niat aku nak ajar anak-anak buah aku menabung. Kerana aku tahu setiap seorang dari mereka ada tabung mereka sendiri.


         Selalunya memang diorang seronok dapat bungkusan tu sebab benda tu banyak dan berat gila. huhuhu. Masuk poket baju melayu habis melendut. Tapi ada juga kedengaran kata-kata yang kurang enak didengar....




Along : Tiap-tiap tahun asyik dapat duit syiling... apalah paksu ni... kedekut...


harharharhar. Aku tau mak dia iaitu kak ngah yang suruh along cakap camtu. Sebab diorang asyik bisik-bisik je sambil jeling-jeling aku.








Tersentak mendengar kenyataan itu, aku pun menjawab...




Abg Jonni : Hah! kalu taknak bagi balik... meh sini bagi balik...










     Maka bermulalah aksi kejar mengejar sekejap di antara aku dan anak buah aku yang paling besar tu. 






        Inilah balasan beliau kerana berani mengkritik tindak tanduk aku itu. Sudah lupakah  dia siapa yang selalu bawa dia berjalan-jalan naik motor ketika dia berusia 2 tahun. Jalan-jalan tengok air sungai, tengok kunci air, tengok kambing biri-biri kat ladang di hujung kampung. Selalu bawak pergi kedai beli ais krim. Siapa pulak yang dengan sabar mengajar dia naik motor sampai pandai? siapa? mestilah bapak dia... bukan aku... harharhar. Ooooo... mentang-mentang dah sunat sekarang nak melawan pulak eh? Cissss!!!.. 


         Huhuhu. Takdelah. sebenarnya itu semua gurauan mereka pasal tabiat aku suka bagi segenggam syiling tu. Tiap-tiap tahun aku kena bahan. Standardlah tu...




        Ok. Dah penat. sambung esok. Babai.....

....to be continued....

Post lain yang mungkin akan menarik minat anda:

Share post ini :

17 comments:

  1. Bagus betul idea bg duit syiling to jonni...conf.terus masuk je tabung kan....akak pun ada banyak duit syiling nih...boleh guna raya tahun depan lah...ake ke ke...

    ReplyDelete
  2. Kalau mak dia bukak kedai runcit, mesti dia suka dpt duit syiling. Boleh tukar duit dgn mak.

    ReplyDelete
  3. hahaha,,gila ahh bg duit syiling...tp bagos jugak erk..

    ReplyDelete
  4. hahahaha......mesti best masa tu kan....
    tapi tak rock lah bro..kasi duit syiling......

    ReplyDelete
  5. confirm cpt jer penuh satu tabung kalu dapat duit syiling dr ko...xyah la nak tunggu bertahun2 tabung tu nak penuh...hihi...

    ooo...anak bongsu rupenya...patut ler...

    ReplyDelete
  6. ahahhaha perenggan ke-2 terakhir cam doh siol ahahha

    ReplyDelete
  7. bagus menantu mak..nnt abg joni jgn bwk balik anak antu lak..:)

    ReplyDelete
  8. zzz....bile nak dtg beraya umah aku ni? ehh tuan aku pun cik su.Hooo paksu ko nie.Patut ah

    ReplyDelete
  9. tunggu sambungan nyer lagi....;d

    ReplyDelete
  10. pergh! bagus betul bagi duit syiling. sah2 duit tu x dibelanjakan dan masuk kat tabung terus..

    ReplyDelete
  11. erm..blh gk ni nk praktiskan bg duit syiling kt knk2 riang kt umh tu

    ReplyDelete
  12. HAHA. Lama tak membasahkan gusi dengan catatan kau Bang Jon. ;D




    Standardlah kalau disusik anak sedara macam tu, tanda sayang namanya. Mungkin juga tanda benci. Babai.

    ReplyDelete
  13. hehehehe kamu ni memang kelakar lah....

    ReplyDelete
  14. abang jonni nie memang best dan kelakar entrynya.. besy!

    ReplyDelete
  15. apa-apa pun nak ucapkan

    'selamat pengantin baru'

    tak tempek kad pong :)

    ReplyDelete

Sila beri komen dengan penuh kasih sayang...
Terima Kasih.

 
Support : Catatan Ankel Jonni | Ankel Jonni | Facebook Ankel
Copyright © 2015. catatan ankel jonni - All Rights Reserved
Template Created by Ankel Jonni Published by Ankel Jonni
Proudly powered by Blogger