ANDAI AKU HIDUP DI ZAMAN SILAM

Beberapa minggu lepas, aku ada menonton filem klasik di tv3. Tanpa aku sedari, aku terpaku dan menontonnya sampai habis. Ya. Aku terpesona. Kemudian aku terfikir, bagaimanakah kehidupan aku jika aku hidup di zaman itu. Setelah puas berangan, ini yang dapat aku rumuskan...


Aku akan hidup sebagai seorang petani. Petani yang mengambil upah mengerjakan tanah orang kaya di kampung aku. Mengapa seorang petani?


Sebab aku bukan di lahirkan dari golongan bangsawan. Jadi tidaklah layak menjadi orang kaya berpangkat maupun pembesar. Tiadalah peluang untuk suwit-suwit para dayang. Hampa...


Aku juga tidak mempunyai ilmu persilatan yang tinggi. Contohnya ilmu silat harimau jadian ataupun cakar pendekar berantai. Jadi tidaklah layak untuk menjadi seorang pendekar mahupun hulubalang. Jadi bermulalah kehidupan sebagai seorang petani.


Kehidupan petani ini simple saja. Pagi mengerjakan kebun dan balik kala matahari tegak atas kepala. Tidaklah rumit. Namun, siapa sangka ianya tidak semudah itu.


Di zaman yang penuh dengan perampok dan lanun, hidup tidaklah semudah di sangka. Kadangkala terpaksa berhadapan dengan perampok jahanam tersebut.










Di waktu petang tiada banyak aktiviti yang dapat dilakukan. Selain bermain sepak raga maupun bersembang bersama jiran-jiran. Namun aku tidak suka berbuat demikian. Aku lebih suka menyendiri. Aku akan bersantai di bawah pokok rendang kegemaran aku. Ya. Tempat itu cukup tenang. Sejuk dan redup.

Aku telah membuat sebuah buaian di pokok ini. Dengan kudrat dan tenaga aku sendiri. Disinilah saban petang aku duduk melepaskan lelah kerja seharian. Aku duduk diatas buaian dan aku menyanyi. Ya. Aku memang pandai menyanyi...







Aku rasa begitu sempurna segalanya. Namun di kala zaman masih bertunjangkan dukun dan bomoh, penyakit sering melanda. Hampir semua menghidapi penyakit ini. Terutamanya untuk para lelaki. Penyakit ketumbit. Ya. Ketumbit. Sudah menjadi kebiasaan melihat mata-mata para lelaki bengkak di jangkiti ketumbit. Manakan tidak jika....








Aku terfikir, mengapa selalu digambarkan gadis-gadis suka berkemban di dalam cerita klasik? Adakah memang begitu keadaan dizaman itu? Jika benarlah suasananya begitu... Dem !!





Nota kaki tengok tv : Aku ada terjumpa gadis berpakaian seksi ketika melepak tanpa hala tujuan di Jusco Bukit Tinggi. Kalau difikirkan balik... hmmmm... kira macam berkemban juga gadis tersebut. Nampaknya fesyen berkemban ini memang tak lapuk dek zaman.

Sila-silalah membaca entri ini dalam bahasa inggeris. Gunakan Google Translate yang telah aku sediakan. Sebab aku memang peminat Google Translate. Maveles !!









***** the end *****




**** SHARING IS CARING ****

SEBAB KENAPA AKU TAK PERGI HIMPUNAN SEJUTA BELIA.











Moral of the story : Kalau kita selalu tak pernah serius, main-main, kerap loyar beruk, orang susah nak percaya cakap kita. Walaupun kita bercakap dengan muka paling serius dan penuh kesungguhan. Dem !!

Hujung minggu ini sorang lagi sepupu aku belah mak aku plak kawen, ni kalau mangkuk ayun itu ajak aku lagi, aku cakap aku lepak kat kenduri kawen sepupu aku tu, mau aku kena carut. Dem lagi !!





***** the end *****



**** SHARING IS CARING ****

SILA DENGAR... AKU NAK NYANYI LAGU RAP.


Sila baca macam anda sedang mendendangkan lagu rap..














Ternyata aku memang berbakat untuk menjadi seorang rapper..



ok... mengarut saja....
Sekarang untuk isu yang lebih serius.....
 dan menyayat hati....
sila baca komen dibawah dengan teliti............














Nota kaki ubah template : Aku dok belajo nak buat scroll down kat sidebar, kopi dari blog orang, aku pulak terpublish entri org tu kat blog aku. Bengong !! huehuuehuehuehue







***** THE END *****



**** SHARING IS CARING ****

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...