Sambutan syawal Abg Jonni (episod 3)

(episod 1)   (episod 2)  (episod 4)


        Setelah siap memotong ayam semua, aku pun menyerahkan potongan tersebut kepada kedua kakak iparku untuk dimasak. Lalu aku pun kembali melakukan kerja aku yang tergendala tadi iaitu.... membersihkan disekeliling halaman rumah. 

        Disebelah malamnya pula aku menjalankan operasi merebus ketupat. Maklumlah esok nak raya, takde ketupat takdelah raya ye dak?




         Tahun ini kitorang buat ketupat original, maklumlah tahun lepas kitorang bantai ketupat segera sahaja. huhuhu. Nasib baiklah kak ngah aku balik awal sikit, banyak gak lah dia anyam ketupat tu. Takdelah aku anyam ketupat sorang-sorang macam tahun yang terdahulu. 

         Dan kawan aku ada gak lepak situ hari sebelumnya, dia dapat belajar anyam ketupat dalam masa setengah jam sahaja. Ya tuan-tuan dan puan-puan.... kawan saya telah dapat mengayam ketupat setelah saya ajar dia dalam setengah jam sahaja. Jadi kesimpulannya aku adalah seorang yang berbakat besar menjadi cikgu mengayam ketupat. 

          Lepas siap masukkan ketupat dalam periuk untuk direbus semua, aku langsung tolong kak long aku membersihkan bahagian dalam rumah pulak. 




          Kebiasaannya emak yang selalu kemas-kemas rumah semua, tapi tahun ini beliau tidak sihat jadi anak-anaklah yang buat  pulak. Macam biasalah korang pun buat benda yang sama gak kan? Pasang langsir, kemas-kemas semua, buang-buang habuk bagai. 

          Tapi dalam banyak-banyak kerja, kerja inilah yang paling penting untuk dibuat. Pada pendapat akulah... iaitu untuk membuang habuk pada sesuatu yang cukup tua, besar dan asyik duduk kat depan tv. Dok depan tv je taunya... Nak tau apa? Haaaa...




        Abang long aku laaa... Bukan nak tolong buat apa-apa, tengok tv je. Pastu main mercun dengan anak dan anak buah dia. Langsung tak nak tolong satu benda pun. huhuhu. Tapi tu lah dia memang tak buat kerja-kerja yang feminin nih, kerja berat-berat dia buat.

       Kesimpulannya aku agak penat gak hari tu. huhuhuhu. Maklumlah esok nak raya. Dan aku tidur tersangatlah lena malam tu.



         Malam tu aku tidur taklah lewat sangat, dalam pukul 2 gitu. Memang tak sedar sangat, baring je terus lelap. Tak sempat nak mimpi apa-apa pun. Tau-tau dah pagi.

Pagi raya.

         

        
        Sedang nyenyak tidur, tetiba abang ngah aku kejut, aku pun bangunlah. Menguap dua kali ganda lagi besar dari biasa. Kepala pun pening-pening sikit, rasa ngantuk sangat. Badan rasa sengal gila. Jadi aku pun bantai baring dan tidur balik.





....to be continued....

Comments

  1. cepat2 sambung.............. xsbr nk bc sambungan nih ;)

    ReplyDelete
  2. isyh tidur balik.. tak sabar nak tunggu sambungan adakah abang jonni pergi sembahyang hari raya...

    ReplyDelete
  3. ... Maka aku pun terlajak tidur dan terlepas peluang solat sunat Aidilfitri, sama seperti tahun lepas..


    Eh betul sambungannya tu Bang Jon?

    ReplyDelete
  4. heheheh...suke2.....dengan ilustrasi yang hidup....menceria kan lagi citer ni....tak sabar nak tunggu...jangan lambat sangat erk...

    ReplyDelete
  5. bagoih dok ada, buleh buat laki ni ahahha

    ReplyDelete
  6. samalah kita . tahun ni pun buat ketupat original. tapi honestly dalam adik beradik saya, sayalah yang paling tak berbakat buat ketupat

    ReplyDelete
  7. Hahaha. Pemalas rupanya Abg Long tu. Fuyyyyyoooooo, Abg Jonni pandai anyam ketupat laaa. Boleh ajar :DD

    ReplyDelete
  8. ko nak tahu tak, tahun ni aku baru pandai menganyam ketupat...hehehe..xsampai sejam kot boleh buat...kekeke...

    terer ar ko..menganyam ketupat terer, menyapu habuk terer..menyapu sampah pun terer...hihi...

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila beri komen dengan penuh kasih sayang...
Terima Kasih.