Horeyy .... Argentina menang lagi...

           Horeyy...  Argentina menang 4-1 ngan Korea. Memang dah agak dah Argentina akan menang. Kiranya sekarang bolehlah Diego Maradona tarik nafas lega, pasukan dia boleh masuk second round.

           Tapi world cup edisi tahun ini ada  pasukan yang boleh dianggap gergasi bolasepak tak menjadi. Macam England.... Aku agak Fabio Capello mesti kena hantar balik Itali lepas ini. Kenalah cari kerja lain. Tapi  pada aku keputusan paling dramatik bila Sepanyol kalah... aku jamin ramai kaki judi yang tepuk dahi. Maklumlah pelaburan hangus....

          Aku pulak memanglah suka Argentina, tapi taklah sampai terlompat-lompat gembira sangat bila Argentina menang. Sebab pada aku kalau Argentina menang pun bukannya Messi ke atau Gonzalo Higuain ke akan datang rumah aku, bagi duit juta-juta. Pastu lepak ngan aku kat kedai mamak. Aku cuma suka tengok skill dan permainan diorang.

            Dalam kita seronok-seronok tengok bola, aku cuma nak pesan.... janganlah sampai jerit lebih-lebih. Terutama bila tengok kat rumah. Kesian kat adik-adik, mak ngan ayah yang nak tido. Kalau korang dok rumah bujang pulak... kesianlah kat jiran-jiran tetangga. Takut kena terajang nanti....



Post lain yang mungkin akan menarik minat anda:

Share post ini :

1 comment:

  1. alamak dah terbuat lak.terpengaruh dengan member3 bujang laa nii, tapi tu sume dulu, zaman belajar, bila jerit dapat hilangkan stress,btl x angkel.hihi

    ReplyDelete

Sila beri komen dengan penuh kasih sayang...
Terima Kasih.

 
Support : Catatan Ankel Jonni | Ankel Jonni | Facebook Ankel
Copyright © 2015. catatan ankel jonni - All Rights Reserved
Template Created by Ankel Jonni Published by Ankel Jonni
Proudly powered by Blogger