Mazrul dan lembaga misteri

    Pada suatu hari, di sebuah tempat bernama Kota Kemuning Shah Alam, terdapat seorang lelaki yang agak kacak bernama Mazrul. Orangnya baik, agak lucu dan suka membantu kawan-kawan. Dia bertugas sebagai seorang despatch di mana tugas sehariannya adalah menghantar surat-surat, dokumen dan cek ke bank-bank atau kemana saja dia kena pergi. Aku malas nak sebut semuanya sebab... ada aku kisah....

    Seperti biasa selepas pulang dari melaksanakan tugasannya, Mazrul pulang ke tempat kerjayanya dengan penuh girang dan ceria. Maklumla baru balik mengular. Dia berjalan dengan penuh selamba sambil menyanyi lagu Rozana... nyanyian kumpulan Search. Tanpa disedarinya ada sepasang mata sedang memerhatikan dia dari sebalik pintu yang menuju ke ruang pejabat di tingkat atas. Lembaga tersebut memandang Mazrul dengan renungan tajam seperti seekor singa memerhatikan mangsanya..... 

       Mazrul tidak perasan dirinya sedang diperhatikan. Dia terus berjalan menuju ke tandas yang berada di ruang yang paling hujung sekali. Tapi yang yang agak menghairankan lembaga tersebut hanya terus memandang sahaja, seakan-akan tahu segala gerak geri Mazrul. Sebenarnya memang begitulah rutin harian si Mazrul, selepas balik dari menghantar surat, beliau tidak akan terus naik ke pejabat, sebaliknya ke tandas. Mungkin dia ingin menyikat rambutnya dahulu, mengemaskan pakaiannya dahulu, maklumlah di pejabat tingkat atas itu terdapat ramai kerani-kerani manis dan cantik yang memakai baju kurung dan bertudung. Ibarat bidadari cantik dari kayangan. Kalau aku jadi dia sudah tentu aku make-up dulu baru naik opis.


       Selepas siap melakukan apa yang dia buat di  dalam tandas tersebut, dia pun keluar menuju ke ruang tangga tersebut. Malangnya dia tidak menyedari yang lembaga tersebut masih ada menunggunya. Bila Mazrul semakin hampir , lembaga tersebut menyorok di balik pintu agar Mazrul tidak nampaknya. Mazrul terus berjalan mendekati ruang tersebut sambil menyanyi lagu situasi nyanyian Bunkface  tanpa mengesyaki apa-apa. Bila Mazrul sampai ke ruang tangga tersebut tiba-tiba.....

HUWARRRRGGGGGGHHHHHHHHHH.............

          Telah menerpa satu lembaga berambut panjang menyergahnya. Lembaga tersebut berambut panjang, wajahnya ala kadar sahaja, senang cerita tak hensemlah. Mazrul begitu terkejut... bukan terkejut beruk lagi dah tahap terkejut orang utan... dia menjerit kecil sambil  berkata " Kurang asam ko... nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalo tak masuk hospital aku... kurang asam ko...." 

        Lembaga tersebut dengan muka selamba berkata " Rileklah Rul... aku gurau-gurau jer... Ko dah makan belum..." Sambil tergelak kecil-kecilan  lembaga tersebut pun pergi meninggalkan Mazrul yang masih terpinga-pinga menuju ke tandas. Sebenarnya lembaga tersebut pergi sebab risau takut kena tumbuk oleh si Mazrul angkara perbuatannya tadi.

        Disini aku mewakili lembaga tersebut nak minta maaf kat Mazrul walaupun belum raya lagi. Aku tau ko mesti masuk dan baca blog  aku ni kan Mazrul. Aku nak ucap selamat bekerja kat tempat baru ko tu. Kerja rajin-rajin jangan kuat ngulor jer... janganlah lupa kawan-kawan kat tempat kerja lama terutamanya lembaga yang menakutkan itu yer.

Comments

  1. "mengulor"

    perkataan yg aku selalu dikaitkan. tahniah abg joni aku baca pecah perut ketawa

    ReplyDelete
  2. Apa? Ko kaki ngulor... Sama cam aku je dik..... Aku pon suka post kat blog ko dik.. ada tersentuh sikit..

    ReplyDelete
  3. hi bro,
    dah ada entri baru rupanya... maaf abgjas ni dr planet lain kot.. 'mengulor' tu apa?

    bro kata dulu jgn suka main nyorok2...hehe

    ReplyDelete
  4. Mengulor tu curi tulang... org lain keje dia dok melingkar tido mcm ular... Bro sori la, aku tukar gambar profil aku... tak sangka pulak jadi 2 gambar kat bro punya blg... aku kurang pandai benda2 camni...

    ReplyDelete
  5. hi bro,
    tq ats penjelasan 'mengulor' tu.

    Tak pe, abgjas pun bukan pandai sgt hal internet ni, selalu jg buat silap..

    ReplyDelete
  6. fuh .. nasib baik abgjas tak marah... (sambil lap peluh di dahi)

    ReplyDelete
  7. haha . 'org lain keje dia dok melingkar tido mcm ular' - mak selalu guna ayat ni . dah lali dah kat telinga ni . kahkahkah . relax je

    ReplyDelete
    Replies
    1. hakhakhak... ko xpe ah... belajo lagik.... huhuhu....
      melingkar pun xpe... huhu

      Delete

Post a Comment

Sila beri komen dengan penuh kasih sayang...
Terima Kasih.