Syahdu bila dengar lagu raya.

      Aku rasa semua akan rasa syahdu bila dengar lagu raya. Tak kiralah org tu mat rempit ke mat despatch ke.... bila dengar lagu Hail Amir ngan Uji Rashid mesti rasa nak balik umah jumpa mak ayah. Sama gak macam aku... mesti rasa sedih. Pada aku lagu raya yang dulu-dulu tu lagi bestlah. Dengar muzik intronya terus meremang bulu tengkuk. Lagu-lagu yang tak akan org lupakan atau bosan dengar sampai bila-bila.









      Antara lagu feveret aku lagu Anuar ngan Ellina .. Suasana hari raya. Pastu lagu Hail Amir ngan Uji Rashid... Seloka di hari raya. Bila dengar lagu tu mesti teringat masa sekolah menengah dulu... Pergi beraya dengan awek masa sekolah dulu. Mak datuk gila comel tengok dia pakai baju raya... Bila ajak naik motor ngan aku dia tanak, malu takut kena gelak kawan-kawan lain. Tapi itu semua kenangan masa dulu lah.



       Tapi ada sorang kawan aku sekarang nih dia tak boleh dengar lagu raya Black dog bone... Cahaya di Aidilfitri. Bila dengar intro lagu tu dia mesti blah pergi tempat lain. Sebab mak ayah dia dah tak ada. Tiap tahun dia balik raya umah adik-beradik dia. Sedih bila tgk dia mcm tu... berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Aku tak dapat bayangkan apa yang dia rasa setiap kali raya.   



       Aku ada letak lagu Black dog bone  kat widget kat bawah ni. Aku suka layan lirik dia... memang syahdu. Tapi widget tu loading lambat.. bukan takat berjanggut menunggu... dah tahap berjambang terus.


Post lain yang mungkin akan menarik minat anda:

Share post ini :

2 comments:

  1. lagu raya zaman dolu dolu lagi menyayat hati + menyentuh nostalgia daripada lagu raya sekarang yang 'susah nak masuk dalam jiwa' . huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hakhakhak... ak ah... sayu je kan?

      tapi aku x sayu sgt... sbb hari2 aku balik kg...
      wakakakakakakka

      Delete

Sila beri komen dengan penuh kasih sayang...
Terima Kasih.

 
Support : Catatan Ankel Jonni | Ankel Jonni | Facebook Ankel
Copyright © 2015. catatan ankel jonni - All Rights Reserved
Template Created by Ankel Jonni Published by Ankel Jonni
Proudly powered by Blogger