SELAMAT DATANG KE BLOG CATATAN ANKEL JONNI BLOG YANG RILEK DAN SANTAI JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI. LIKE KAMI DI MEDIA SOSIAL. SELAMAT MEMBACA, MOGA ANDA AKAN TERHIBUR

Syahdu bila dengar lagu raya.

      Aku rasa semua akan rasa syahdu bila dengar lagu raya. Tak kiralah org tu mat rempit ke mat despatch ke.... bila dengar lagu Hail Amir ngan Uji Rashid mesti rasa nak balik umah jumpa mak ayah. Sama gak macam aku... mesti rasa sedih. Pada aku lagu raya yang dulu-dulu tu lagi bestlah. Dengar muzik intronya terus meremang bulu tengkuk. Lagu-lagu yang tak akan org lupakan atau bosan dengar sampai bila-bila.

      Antara lagu feveret aku lagu Anuar ngan Ellina .. Suasana hari raya. Pastu lagu Hail Amir ngan Uji Rashid... Seloka di hari raya. Bila dengar lagu tu mesti teringat masa sekolah menengah dulu... Pergi beraya dengan awek masa sekolah dulu. Mak datuk gila comel tengok dia pakai baju raya... Bila ajak naik motor ngan aku dia tanak, malu takut kena gelak kawan-kawan lain. Tapi itu semua kenangan masa dulu lah.

       Tapi ada sorang kawan aku sekarang nih dia tak boleh dengar lagu raya Black dog bone... Cahaya di Aidilfitri. Bila dengar intro lagu tu dia mesti blah pergi tempat lain. Sebab mak ayah dia dah tak ada. Tiap tahun dia balik raya umah adik-beradik dia. Sedih bila tgk dia mcm tu... berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Aku tak dapat bayangkan apa yang dia rasa setiap kali raya.   

       Aku ada letak lagu Black dog bone  kat widget kat bawah ni. Aku suka layan lirik dia... memang syahdu. Tapi widget tu loading lambat.. bukan takat berjanggut menunggu... dah tahap berjambang terus.

BACA

Bukan hari raya tanpa meriam buluh

     Semua orang tau apa itu meriam buluh, tapi tak semua org dapat merasa keseronokan mainnya. Yalah kalo dah dok tengah-tengah bandar mana cari buluhnya.... Sungai Buloh? Tapi aku adalah antara insan-insan istimewa yg bertuah dapat main meriam buluh. Tapi masa dulu lah... masa kecik-kecik dulu.

     Masa kecik dulu, bila masuk bulan puasa je terus redah kawasan semak tak jauh dari sungai, cari buluh. Pasal masa tu budak-budak lagi tu yang rasa macam masuk hutan, dah tak pikir pasal ular ke bahaya ke. Bila dapat buluh tu kena miang buluh plak... sudah gatal-gatal satu badan. Tapi tak kisah semua tu. Lepas tu pikul buluh tu bawak balik umah.... tebuk dalamnya plak. Lepas tu ikat keliling buluh tu dengan tiub moto yang kitorang rembat dari kedai repair motorsikal dan basikal Ah Kong. Bukan ape takut buluh tu pecah bila diletupkan.

      Aku tak dapat bayangkan apa akan jadi kalo meriam kitorang tu pecah. Masa tu dah tak pikir pasal bahaya ke putus tanganke kaki ke.... yang kitorang tau seronok..seronok...seronok.... Tapi Alhamdulillah tak pernah terjadi benda-benda yg tak diingini dulu. Cuma sekarang bila dah veteran nih baru terpikir apasal bengap sangat  sampai bahayakan diri main benda-benda tuh... Macamana kalo menatang tu pecah kat depan muka kitorang... tentu hangus...

Apapun Selamat Hari Raya kepda semua........

Baju raya tahun ini

     He he he...

    Sukacita dimaklumkan baju raya aku untuk tahun ini dah pun siap. Tahun ini aku pakai baju raya kaler biru pekat dengan kain songket warna hitam.  Aku hantar baju ni kat kawan aku punya kawan punya kawan punya adik. Kawan aku cakap si dia tu pandai menjahit jadi aku pun pas- pas baju raya aku ni untuk dijahit. Seingat aku ..... aku bagi 3 4 minggu sebelum puasa. Maklumla orang tu banyak tempahan nak di buat... sibuk.

       Sekarang yang belum ada cuma songkok. Tapi setakat songkok 2  3 hari sebelum raya boleh beli ye tak.  Tapi kalo aku pakai tanjak lagi best kan... siap ada keris kat pinggang ... konfom macam pengantin..... He he..

Selamat Berpuasa

      Pejam celik pejam celik dah puasa balik. Rasanya macam cepat je masa berlalu. Apapun aku nak ucap selamat berpuasa kepada sesiapa yang termasuk ke blog ini. Semoga tidak berbuka puasa pada pukul 1 tengahari. Tak lupa nak ucap selamat pose pada kawan blog aku yg 2 org tu iaitu abgjas dan encik JM, moga ni taun pose korang cukup.

      Dalam bab pose ni yang paling seronok tentunya masa berbuka ye tak... dapat makan cendol, murtabak, roti john dan macam-macam lagilah. Asal nampak sedap je tentu terus beli... tapi makannya tak. Samalah macam aku... bila buka cuma makan kuih 2 3 ketul ngan air lepas tu isap rokok macam naga.

      Tapi hari ini lain sikit, mungkin sebab semua adik beradik aku semua balik.... bawak macam- macam... aku pun makan macam dah 5 tahun tak makan. Sambil sembang tangan dok suap murtabak dalam mulut. Akhirnya perut aku senak... nak buat apa pun malas.... Terawikh?... paham-paham je lah...

Mazrul dan lembaga misteri

    Pada suatu hari, di sebuah tempat bernama Kota Kemuning Shah Alam, terdapat seorang lelaki yang agak kacak bernama Mazrul. Orangnya baik, agak lucu dan suka membantu kawan-kawan. Dia bertugas sebagai seorang despatch di mana tugas sehariannya adalah menghantar surat-surat, dokumen dan cek ke bank-bank atau kemana saja dia kena pergi. Aku malas nak sebut semuanya sebab... ada aku kisah....

    Seperti biasa selepas pulang dari melaksanakan tugasannya, Mazrul pulang ke tempat kerjayanya dengan penuh girang dan ceria. Maklumla baru balik mengular. Dia berjalan dengan penuh selamba sambil menyanyi lagu Rozana... nyanyian kumpulan Search. Tanpa disedarinya ada sepasang mata sedang memerhatikan dia dari sebalik pintu yang menuju ke ruang pejabat di tingkat atas. Lembaga tersebut memandang Mazrul dengan renungan tajam seperti seekor singa memerhatikan mangsanya..... 

       Mazrul tidak perasan dirinya sedang diperhatikan. Dia terus berjalan menuju ke tandas yang berada di ruang yang paling hujung sekali. Tapi yang yang agak menghairankan lembaga tersebut hanya terus memandang sahaja, seakan-akan tahu segala gerak geri Mazrul. Sebenarnya memang begitulah rutin harian si Mazrul, selepas balik dari menghantar surat, beliau tidak akan terus naik ke pejabat, sebaliknya ke tandas. Mungkin dia ingin menyikat rambutnya dahulu, mengemaskan pakaiannya dahulu, maklumlah di pejabat tingkat atas itu terdapat ramai kerani-kerani manis dan cantik yang memakai baju kurung dan bertudung. Ibarat bidadari cantik dari kayangan. Kalau aku jadi dia sudah tentu aku make-up dulu baru naik opis.

       Selepas siap melakukan apa yang dia buat di  dalam tandas tersebut, dia pun keluar menuju ke ruang tangga tersebut. Malangnya dia tidak menyedari yang lembaga tersebut masih ada menunggunya. Bila Mazrul semakin hampir , lembaga tersebut menyorok di balik pintu agar Mazrul tidak nampaknya. Mazrul terus berjalan mendekati ruang tersebut sambil menyanyi lagu situasi nyanyian Bunkface  tanpa mengesyaki apa-apa. Bila Mazrul sampai ke ruang tangga tersebut tiba-tiba.....

HUWARRRRGGGGGGHHHHHHHHHH.............

          Telah menerpa satu lembaga berambut panjang menyergahnya. Lembaga tersebut berambut panjang, wajahnya ala kadar sahaja, senang cerita tak hensemlah. Mazrul begitu terkejut... bukan terkejut beruk lagi dah tahap terkejut orang utan... dia menjerit kecil sambil  berkata " Kurang asam ko... nasib baik aku tak ada sakit jantung. Kalo tak masuk hospital aku... kurang asam ko...." 

        Lembaga tersebut dengan muka selamba berkata " Rileklah Rul... aku gurau-gurau jer... Ko dah makan belum..." Sambil tergelak kecil-kecilan  lembaga tersebut pun pergi meninggalkan Mazrul yang masih terpinga-pinga menuju ke tandas. Sebenarnya lembaga tersebut pergi sebab risau takut kena tumbuk oleh si Mazrul angkara perbuatannya tadi.

        Disini aku mewakili lembaga tersebut nak minta maaf kat Mazrul walaupun belum raya lagi. Aku tau ko mesti masuk dan baca blog  aku ni kan Mazrul. Aku nak ucap selamat bekerja kat tempat baru ko tu. Kerja rajin-rajin jangan kuat ngulor jer... janganlah lupa kawan-kawan kat tempat kerja lama terutamanya lembaga yang menakutkan itu yer.

Support : Catatan Ankel Jonni | Ankel Jonni | Facebook Ankel
Copyright © 2015. catatan ankel jonni - All Rights Reserved
Template Created by Ankel Jonni Published by Ankel Jonni
Proudly powered by Blogger