SELAMAT DATANG KE BLOG CATATAN ANKEL JONNI BLOG YANG RILEK DAN SANTAI JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI. LIKE KAMI DI MEDIA SOSIAL. SELAMAT MEMBACA, MOGA ANDA AKAN TERHIBUR

Akulah superhero.

             Dah jadi tabiat aku, download movie je lebih, tengoknya idak. Kelmarin baru aku tengok citer Green Lantern walaupun aku rasa dah lama gila aku download. Huhuhuhuhu. 

         Tapi macam aku memang suka cerita-cerita genre begini, cerita superhero dari komik. Memang minat dari kecik lagi huhuhuhuhu. Macam citer-citer hindustan ke, jiwang-jiwang karat tahap leleh-leleh tu kureng sikit. Aku suka yang ganas-ganas yang ada babak tembak-tembak, tumbuk-tumbuk, meletup sini sana tahap darah pancut-pancut kat dinding.

       Sampaikan dulu-dulu masa aku muda remaja, kira puluhan tahun dahulu. Tak jugak... puluhan puluhan puluhan tahun dahulu, aku suka berangan ada kuasa macam superhero feveret aku tu.

         Macam-macamlah yang aku pikir sampai tahap ada kuasa boleh hilangkan diri, boleh terbang, naik moto pun boleh bertukar jadi robot macam transformer. Gila ah. Biasalah tu, imaginasi masa remaja ni lain sikit. huhuhuhuhu.

         Aku selalu bayangkan, kalau jadi superhero nih, semua deria jadi lebih power dari orang lain. Boleh lihat apa yang orang lain tak boleh lihat, huhuhuhu.. best tu... best tu....

         Telinga pulak gila power boleh dengar suara orang mintak tolong dari jauh walaupun tahap ribu-ribu kilometer. Tapi kalau ikut otak aku, kalau semua boleh dengar, boleh gila jawabnya, maunya tak... boleh dengar suara jutaan orang. Gila ah.

         Bila terdengar je ada orang dalam kesusahan je, apalagi, masa untuk bertukar....

      Mula-mula yang penting pergi cari satu tempat yang takde orang pastu tukar baju pakai kostum superhero itu. huhuhuhu. Maklumlah, identiti tu kena sorok.

      Tapi macam superman tu pada aku kenapa orang boleh tak perasan... padahal bukak cermin mata je pastu sikat rambut lain sikit, keluarkan jambul. siap!! huhuhuhu.

       Dan kalau aku jadi superhero, bila bertukar je, kena pakai topeng muka, baru ganas, macam rey mysterio tu. huhuhuhuhu.

        Disebabkan aku memang lemah dalam bab-bab berfesyen nih, camnilah saja kostum superhero yang aku dapat bayangkan. Tak boleh pikir lama-lama sangat bab-bab kostum ni, boleh migrain aku. Kira bolehlah nih. huhuhuhu.

        Kostum buruk takpe asalkan ada topeng muka, itu yang penting.  huhuhuhu. Baju ngan seluar mesti ketat, baru ada aura ye dak? Kaler hijau ngan biru tua kena ada, sebab kaler feveret tu.

        Kalau aku jadi superhero aku tak nak lah ada kuasa yang gila-gila tak masuk akal macam superman tu. Ada kuasa biasa-biasa sudahlah. Tak payahlah boleh terbang-terbang bagai. Kira macam batmanlah, pergi memana kena pakai transport sendiri. Dan transport terhebat aku adalah..... 

          Naik motor la bro. Naik motor pada aku lebih releven sebab senang nak pergi memana, tak kisahlah jem ke apa, boleh cilok-cilok je. huhuhuhu. Lagipun minyak jimat, laju pun laju. Sebab tu mat rempit dok gayakan superman kalau racing, sebab jadi laju.

        Tapi benda yang paling penting, helmet kena pakai. Polis trafik bukan kira superhero ke apa ke, memang kena saman gak lah. Nak merayu pun tak dapat punya, balai kasi bayar... huhuhuhu.

        Kuasa yang aku betul-betul nak adalah kekuatan yang luarbiasa. Kira kuat giler ah. Tahap boleh angkat macam-macam, angkat lori 3 tan sebelah tangan je. huhuhu.

          Tapi memang best eh kalau ada kekuatan camtu, buat apa pun senang. Nak angkat benda-benda berat sorang-sorang je, tak payah panggil sesapa. huhuhuhu.

Lagi satu kuasa yang aku betul-betul nak adalah boleh keluarkan karen dari tangan. Kira nak tangkap perompak ke penyamun ke cuma hulur tangan pastu bagi karen sampai rentung. Kira macam ni ah....

        Kan best camtu, ada orang jahat je bagi karen, bagi rentung sama dia. huhuhuhuhu.

         Ah!! Sdahlah, dah tua-tua camnih tak payahlah berimaginasi jadi superhero-superhero. Lagi baik aku....

         Tidur. Badan pun asyik lenguh-lenguh je. Pinggang ngan bahu asyik sengal je. Huhuhuhuhu. Ok. Selamat malam. Have a sweet dream everibadi...         

BACA

wordless wednesday.. konon-kononlah.

Faham? Sebenarnya aku pun tak faham..... (sambil garu-garu kepala)..

Aku dan Corby

            Pada suatu petang yang agak mendung, nak hujan masa tu, aku tengah duduk kat bawah rumah sambil menaip sms. Tiba-tiba aku tengok kawan aku yang juga  merangkap jiran aku datang. Mesti takde benda lain nak cari abang aku la tu. Aku malas nak tegur lantas aku buat derk je kat mamat tu.

        Tiba-tiba tanpa bagi salam langsung, dia bantai kutuk telefon aku. Binawe betul...

Jiran: Apa barang ko ni pakai henset zaman tok gajah, mundur betullah. Tengok aku dah pakai henset touchscreen... barulah ada gaya, mutu dan keunggulan.

Abg Jonni: Mutu kepala lutut engkau, eleh nak tayang henset baru la konon. Tak heran aku. Ko pakai henset apa tu?

Jiran: Samsung Corby...

Abg Jonni: Wakakakaka... baru pakai Samsung Corby pun dah eksen, macam pakai henset harga ribu-ribu.

Jiran: Eleh tapi taklah seteruk henset ko tu... siap tampal-tampal soletep. Kahkahkahkahkah.

Ya tuan-tuan dan puan-puan, memang benar henset aku dah tahap tampal-tampal pakai soletep. Jatuh dah banyak kali sampai butang-butang dia pun dah tercabut. Aku ambik butang tu aku tampal pakai soletep. Kakakakaka. Memang dah tabiat aku kalau pakai apa-apa aku pakai sampai reput, nak harap beli baru, takdelah. Maklumlah aku aku pun bukan orang yang banyak duit nak bazir duit tukar-tukar henset nih.

        Selang beberapa hari lepas tu, aku pun tak ingat, dekat 2 minggu kot aku terjumpa mangkuk tu balik. Pastu dia cakap...

Jiran: Wei ko nak beli tak henset aku ni, aku tak reti nak pakailah. Susah sangat... tak reti aku.

Alangkah terkejutnya aku pabila mendengar kenyataan dia itu. Ini sudah bagus, inilah saat dan masanya untuk aku kutuk dia pulak. Kira nak balas dendamlah pasal dia kutuk henset aku yg bertampal soletep tu.

         Jadi tunggu apa lagi ye dak, macam kes aku mengantuk pastu ada orang datang sorongkan bantal nih. harharharhar. Jadi...

Abg Jonni: Huarghahahahaha... berlagak konon pakai touchscreen-touchscreen, kalau dah dok kat kampung buta it  pulak tu, tak yahlah nak touchscreen ke touch and go. huahuahuahua.

Jiran: huhhuhu. Gelak laaa... gelak... tapi memang aku tak reti nak pakai ngok!! susah gila. Ko nak beli tak?

Abg Jonni: Eleh ko yg buta it salahkan henpon tu pulak, huahuahuahuahua. Tanak aku, ko simpanlah touchscreen tu sendiri, aku tanak.

        Aku bantai gelak kaw-kaw time tu, dah macam watak orang jahat dalam cerita pendekar tahun 80-an. Bengang je mamat tu, tapi biasalah kitorang membesar sesama la katakan, dari kecik main sesama, takde hal benda ni sebenarnya, sekadar gurauan semata. huhuhuhuhu.

        Selang 2 hari lepas tu, masa tu aku kat rumah, baru balik dari beli barang sikit. Henset aku ada kat dalam poket. Tiba-tiba henset aku berbunyi, trooot... trooot... dan henset aku pun mula bergetar. Oh geli pulak peha aku bila henset dok vibrate dalam poket. Lalu aku pun menyeluk saku untuk mencapai henset kesayangan aku itu. Tiba-tiba...

Abg jonni: Opocot!!  henset aku...

        Kelentung!!... Henset aku terlepas dari tangan dan jatuh terhempas ke bumi. Aku pun membongkok dan mencapai henset aku tu, masih elok tak berkecai. Tapi bila aku tengok skrin dia dah padam. Aku cuba tekan butang "on" dia, haram satu benda tak jadi. Cuba bukak bateri tengok-tengok kot-kot ada masalah, siap hembus-hembus belakang henset tu buang habuk semua, pastu aku cuba hidupkan. Masih tak boleh hidup. 

       Malam tu aku cuba lagi godek-godek henset tu, siap hentak-hentak kat meja, hasilnya tetap sama, kegagalan. Lalu aku teringat ini mungkin balasan aku sebab gelakkan mamat tu kelmarin. huhuhuhuhu. takpelah aku redha... Bak kata pepatah orang jawa... What you give, u get back... Camtulah bunyinya kot. Maklumlah walaupun aku ni jawa tapi aku kurang pandai bercakap dalam bahasa  jawa.

        Pastu aku teringat mamat tu nak jual Samsung Corby dia tu, dan aku pun terfikir untuk membelinya. Namun aku tau, nanti dia akan gelakkan aku pulak pasal henset aku yang dah kondem itu. Tapi takpelah, biasalah tu kena kutuk ngan dia, dah tak heran dah.

        Esoknya aku pegi jumpa mamat tu, maklumlah rumah dia depan rumah aku je, kehkehkeh. Dengan tersipu-sipu malu bercampur segan aku tanya dia...

Abg Jonni: Bro, henset Corby engkau tu dah jual ke belum? Kalau belum aku nak... nak... nak belilah.

         Aku sangkakan dia mesti akan kutuk aku, tapi rupanya sangkaan aku meleset. Dia tak kutuk aku pun.

Jiran: Belum. Ko nak ke? Baguslah, aku pun tak pakai tu, ada lagi kat atas meja tu. 250 tau, sebab aku tak pakai pun.

Abg Jonni: Hekeleh, dahlah barang secondhand, jual mahal pulak tu. 200 dahlah, aku takde duit.

        Maka bermulalah sesi tawar-menawar yang penuh dengan nada angkuh dan eksen. Dan akhirnya dia pun setuju menjualnya ngan harga 200 ringgit Malaysia.

        Kini dengan bangganya diumumkan bahawa aku adalah tuan punya henpon Samsung Corby berwarna hitam itu. Dan...

        Dan aku sendiri pun tak reti nak pakai. Kahkahkahkah. Bukan tak reti, tapi aku tensen sebab susah sangat nak tulis sms. Nampak sangat aku ni tak pandai guna touchscreen nih. Mungkin aku tak biasa lagi. Takpelah, bedal je lah. Nak komplen pun tak guna ye dak? Jadi terpaksalah aku memakai Samsung Corby itu sampai reput. Kehkehkehkeh. Padan muka aku.

Wassalam.

....The End....

Keyword yang senantiasa ada.

            Hari ini aku cuma nak cakap pasal keywords. Korang pun biasakan tengok-tengok keyword pengunjung blog anda kan? Aku memang suka tengok menatang keyword nih, sebab kadang-kadang perkataan atau ayat yang orang cari gila mengarut. huhuhuhu.

        Tapi untuk blog aku ada keyword yang sentiasa ada tiap-tiap bulan. Wajib ada, tak pernah aku tengok perkataan itu tak keluar dalam sebulan. Nak tau perkataan apa? Jawapannya adalah rumah urut.

             Aku anggap benda ini adalah sebagai satu tanggungjawab sosial aku, jadi hari ini aku nak cerita pasal rumah urut. Moga diharapkan mereka yang google-google perkataan itu dan termasuk ke blog ini, akan mendapat jawapan yang mereka cari di sini. 

         Tapi disebabkan aku sendiri tak pernah mengunjungi rumah urut, jadi cerita ini aku tulis berdasarkan imaginasi sahaja. Dan sebagai seorang yang suka berimaginasi, imaginasi aku adalah pada tahap yang memang haram jadah dan tak boleh pakai. Jadi layan sajalah. huhuhuhu....

Ok. Jika kita lihat dalam kamus, rumah urut bermaksud rumah tempat orang di picit-picit atau diramas-ramas badannya. Ia juga bermaksud rumah pelacuran. Kalau korang tak percaya bolehlah google-google maksud dia kat mana-mana. huhuhuhu.
Sapalah agaknya yang memulakan atau mendapat idea buat rumah urut ni eh? Orang lain buat bisnes jual nasi ayam, jual barang-barang letrik, dia bisnes picit-picit badan orang. Gila ah.  

Ok. Bila saja anda menjejakkkan kaki ke rumah urut tu mesti anda akan di sambut dan di layan dengan layanan yang baik dari staff di disitu. Itu sudah tentulah. Lepas tu anda akan diberi pilihan untuk memilih pakej-pakej apa yang anda inginkan bersesuaian dengan bajet anda. 

Sebelum anda di urut, anda akan di bawa untuk sesi aromaterapi. Kot lah... aku main bantai je nih. huhuhuhu. Dan tujuan dia adalah untuk menyegarkan dan memberi ketenangan pada diri anda. huhuhu.

Jangan takut, anda akan dilayan dengan baik oleh staff-staff terlatih mereka yang diterbangkan khas dari serata dunia termasuklah dari Uzbekistan. Bila anda masuk saja ke bilik tersebut sudah tersedia segala peralatan atau keperluan untuk sesi tersebut. Apa yang anda patut buat adalah terjun masuk dalam kolam tu je. Senang kan?

         Disini anda dapat berendam dengan tenang didalam air wangi-wangian pilihan anda sendiri. Pilihlah aroma yang dapat menenangkan perasaan anda tak kisahlah ianya aroma lavender, ylang ylang maupun durian. 

         Kemudian setelah sesi aromaterapi anda akan di beri masa berehat sebentar sebelum sesi mengurut dijalankan. 

         Mmmmmm... bayangkan diri anda berbaring di atas tilam yang empuk sambil badan anda di urut lembut oleh gadis Uzbekistan. Indah bukan?

         Tapi taklah seindah manapun sebenarnya, dahlah kena caj mahal, kalu rumah urut tu takde lesen kena serbu polis pulak tu, haaa.... merengkoklah dalam lokap sekejap. Terpaksa panggil mak bapak datang jamin nun jauh dari Sungai Koyan tu.

          Jadi sebagai jalan penyelesaian, aku cadangkan tak payahlah pergi rumah urut. Ada lagi satu cara yang lagi mudah, free je tak payah pakai modal apa pun. Dekat pun dekat..... Nak tau apa....

         Mintaklah bantuan kawan baik anda untuk pijak-pijak badan anda. Mudah bukan? huhuhuhu

          Harap maaf kerana terpaksa membaca entri sengal bengal ini. Sebab aku memang tak reti nak buat entri yang waras dan bermanfaat. huhuhu. Gudbai and peace to all.....

cara saya lukis kartun di blog ini.

        Hellu everibadi, how do u do today? fine? good... good.. Selamat hari raya semua... huhuhu.

         Hari ni aku nak buat entri yang dah tertangguh lama. huhuhuhu. Hari ini aku sekadar nak kongsi bagaimana aku lukis kartun dalam blog ini. Aku buat entri ini atas mesej yang ditinggalkan oleh cik Aira kat shoutbox aku. 

        Ok. Sebenarnya aku tak pandai nak lukis guna software-software nih. Maklumlah aku ni sebenarnya buta IT, huhuhuhu. Tak tahu menahu sangat bab-bab software-software nih.

         Selalunya aku melukis secara manual sahaja. Guna pensel dan kertas sahaja. Seperti yang aku tunjuk dalam gambar di bawah ini.

        Aku lukis secara manual menggunakan pensel sahaja. Benda-benda lain yang patut ada mestilah pemadam. Putik kapas tu berguna gak bila aku dah start boring aku main game sambil mencuci telinga. Kehkehkehkeh. 

        Bila siap lukis aku scan pulak menggunakan printer , pastu uploadlah dalam pc. Pastu aku edit-edit gambar itu guna photoscape. Biasa aku cuma edit bagi lukisan tu terang sikit, sebab aku lukis pakai pensel je, tak pakai pen. Jadi gambar dia tak terang, kabur je.

      Beginilah gambar yang telah aku crop, edit dia punya brightness bagai dan sudah tentu saiz dia. huhhuhu. Lepas puashati aku save lah gambar tersebut.

       Pastu aku kaler-kaler pulak gambar itu. Aku kaler guna software smoothdraw 3. Sebab bagi aku software ini  senang je nak pakai, tak rumit sangat. huhuhu.

         Macam ni lah rupa lukisan tadi yang tengah di kaler-kaler. Aku sebenarnya tak pandai nak mengaler, main belasah je. huhuhuhu. Beginilah gambar tadi setelah siap di kaler.

       Huhuhuhu. Dah siap. Macam tu lah cara aku lukis semua gambar-gambar dalam blog ini. Aku tak reti nak guna software-software yang canggih-canggih ni, aku pakai yang mana senang dan sesuai untuk aku. Moga cik Aira membaca entri ni eh. Sebab bila cari link blog anda dah tak jumpa. huhuhu. 

      Owh.. sebelum aku lupa, aku ada gak lukis satu lagi gambar, yang dengan tanpa segan silu aku tujukan khas untuk blogger-blogger wanita. 

        Kehkehkehkeh. seksi kan? seksi kan? Gudbai. Selamat hari raya semua. huhuhuhu.

Support : Catatan Ankel Jonni | Ankel Jonni | Facebook Ankel
Copyright © 2015. catatan ankel jonni - All Rights Reserved
Template Created by Ankel Jonni Published by Ankel Jonni
Proudly powered by Blogger