SELAMAT DATANG KE BLOG CATATAN ANKEL JONNI BLOG YANG RILEK DAN SANTAI JANGAN LUPA FOLLOW BLOG INI. LIKE KAMI DI MEDIA SOSIAL. SELAMAT MEMBACA, MOGA ANDA AKAN TERHIBUR

KECIK-KECIK DAH PANDAI.

Pada ahad lepas, bukan ahad 2 hari lepas ya, minggu lepasnya lagi, korang paham ke? Tak paham buat-buat paham je lah. Ada berlangsung beberapa majlis oleh saudara terdekat kami. Ada 2 majlis perkahwinan dan satu kenduri doa selamat saudara kami nak menunaikan haji. Jadi kami memilih untuk pergi ke majlis saudara yang palinggggggggg rapat.

Dipendekkan cerita, maka berlakulah kerahan tenaga, yang bermaksud ibu kami telah menggunakan kuasa veto, yang mana setiap ahli keluarga tak kira yang paling kecil hingga yang paling besar dimestikan hadir ke majlis tersebut. Sesiapa yang tidak hadir akan di kenakan tindakan tatatertib. Keputusan beliau adalah muktamad. Segala surat menyurat memang tidak akan di layan. 

Jadi berkumpullah kami semua di sana termasuklah semua anak-anak buah aku tu. Dan kebanyakan masa aku habiskan dengan melihat gelagat manusia yang hadir, dengan ada yang bersembang dan bergelak tawa begitu kuat, dengan lambakan pelbagai fesyen-fesyen pakaian persis artis-artis tempatan. Memang meriah. Ku sempat mencampakkan pandangan pada gadis-gadis yang hadir, ku terpegun dengan kepelbagaian fesyen tudung mereka yang aku memang tak akan faham sampai bila-bila. Ada tudung yang lilit tah berapa kali puluh ratus lilit kat kepala. Owh.. aku memang tak memahami fesyen tudung bebudak sekarang.

Tetiba aku terpandang kepada 2 orang anak buah aku yang bujang. Bujanglah kiranya sebab dah sunat. Yang paling tua sudah tingkatan dua. Dan diikuti oleh adiknya yang darjah enam. Aku melihat gelagat mereka berdua. Asal ada aweks lalu je pandang senyum-senyum... 

Ya, mereka mengurat. Itu memang aku tak heran, sebab aku kenal mereka tu. Yang tingkatan 2 kalau malam dia akan dok baring sorang diri sambil picit-picit henpon dia. Tengah main sms dengan awek sekolah dia. Kecik-kecik lagi dah gatal. Amboi betul diorang itu.

Jadi sebagai seorang pakcik yang sangat baik hati  dan tidak pernah kurang dengan kasih sayang, aku pun pergi menghampiri diorang. Aku sekadar nak menegur mereka...

Ya. Aku suruh diorang basuh pinggan. Itu lebih bagus dari sengih-sengih tengok awek lalu-lalang. Baru lebih produktif dan progresif.

Pada malamnya aku ada sembang-sembang dengan ibu mereka, lalu menceritakan apa yang berlaku di siang hari. Aku bajet akak ipar aku akan terkejut lalu pengsan, namun rupanya beliau tak heran pun. Beliau sudah tau lama dah. Maklumlah mereka kan anak-anak beliau, mestilah beliau lebih memahami mereka.

moral of the story : Istilah standard pasangan suami isteri, jika anak mereka buat perangai ke nakal sikit ke, kadang-kadang akan keluar ayat : "Haaaa... ikut perangai awak la tu...."

***** the end *****

BACA

CINTA MEREKA SEMEMANGNYA SWEET

Sebenarnya tiada apa yang menarik berlaku dalam hidup aku dalam seminggu ini. Jadi tiada apa yang mampu nak aku repekkan. Jadi hari ini aku nak tulis pasal hidup orang lain. Adakah ini dikategorikan sebagai mengumpat? huhuhu. Apapun disebabkan aku tak banyak masa terluang sekarang, nak blogwalking pun dah jarang dah, nak melukis pun dah tak sempat, maka aku update pakai gambar kitar semula. Kiranya ia cuma sekadar gambar hiasan sahaja. Takde kaitan pun.

Pada suatu hari, di sebuah kampung di Negeri Selangor Darul Ehsan, tinggallah sebuah keluarga yang kehidupan mereka amatlah aman dan bahagia. Si ayah merupakan seorang pesara yang amat disenangi oleh penduduk kampung. Beliau adalah seorang yang peramah, baik hati dan sentiasa merendah diri.

Si Ayah mempunyai seorang kawan rapat yang dikenali sejak dari kecil lagi. Sehingga kini mereka masih lagi akrab dan sentiasa bersama terutama ketika pergi ke surau di malam hari. 

Pada suatu hari, tercetuslah idea oleh si kawan untuk merapatkan lagi perhubungan mereka dengan menjodohkan anak-anak mereka. Maka cadangan itu telah di sambut gembira oleh si ayah. Namun timbul rasa sangsi si ayah, takut kalau si anak menolak permintaannya. Namun beliau kuatkan semangat dan menyampaikan hasrat baik mereka pada si anak.

Tanpa di duga si anak bersetuju dengan cadangan si ayah. Dan bagi pihak si gadis pula, beliau pun menyatakan persetujuan. Tidak hairanlah jika beliau bersetuju, kerana mereka bukan tidak saling mengenali. Jarak rumah mereka pun tidaklah jauh mana.  Bukan kepalang lagi kegembiraan kedua rakan akrab tersebut. Lalu bermulalah segala perancangan untuk menjodohkan mereka.

Tidak lama selepas itu, tali pertunangan pun di ikat. Bermulalah pula episod baru dalam agenda mereka, merancang untuk majlis pernikahan.

Namun di sepanjang tempoh pertunangan mereka yang menjangkau hampir 2 tahun, tidak pernah sekali pun mereka keluar bersama. Kalau mahu berjumpa pun, si teruna akan bertandang ke rumah ibu bapa si gadis. Malahan segala persiapan perkahwinan di beli secara berasingan. Perhubungan mereka hanya tertumpu pada perbualan telefon.

Bukanlah si teruna tidak pernah mencuba mengajak si gadis dating, sudah banyak kali, namun semuanya gagal. 

Bukanlah si gadis tidak mahu menerima ajakan si tunang, namun beliau hanya ingin keluar bersama ketika ikatan mereka sudah sah menjadi suami isteri. Ibarat pinang di belah belah, si teruna adalah seorang yang amat memahami, jadi beliau redha dan menerima permintaan si gadis dengan hati yang terbuka.

Begitu juga dengan keluarga mereka, mereka merestui keinginan dan permintaan si gadis. Mereka sedar itulah yang terbaik. Jadi tiadalah akan berlaku perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Namun bukan semua memahami situasi ini. Maka timbullah persepsi-persepsi negatif dari orang sekeliling. Ada yang berperasangka si gadis enggan keluar bersama di sebabkan membantah kerana beliau di paksa kahwin. Ada yang berperasangka si gadis enggan bertemu si teruna kerana si teruna kurang hensem dan sebagainya. Tapi itulah hakikat yang perlu di telan si gadis.

Tapi walau apapun telahan orang sekeliling, si gadis tetap dengan pendirian beliau. Si gadis tidak pernah tunduk pada senyuman sinis orang sekeliling. Beliau seorang yang kuat.

Ya. Mungkin kisah mereka tidak seromantis kisah cinta orang lain. Mereka tidak pernah keluar makan berdua, tidak pernah keluar membeli pakaian berdua, apatah lagi menonton wayang bersama.

Tidak pernah sekali mereka merasa  berkasih bermanja di taman bunga, si teruna tidak berpeluang untuk  menyelit bunga ke telinga si gadis. Apatah lagi berlari-lari di padang, berguling-guling sambil menyanyikan lagu "kau mawarku" nyanyian kumpulan 2 by 2 dengan Dato Siti Nurhaliza.

Mereka kuat, mereka tabah. Secara jujur aku amat kagum dengan mereka. Bukan semua mampu berbuat seperti mereka. Mungkin cinta mereka tidak seromantis Rumie dan Julie, namun pada aku cinta mereka sememangnya sweet. Ya. Dan ini adalah kisah benar.

Moral of the story : Beliau sangat bertuah mendapat seorang isteri yang solehah.

REALITI HIDUP SI PUNGGUNG SEKSI

Penyesalan. Setiap orang ada sesuatu yang beliau sesalkan dalam hidup mereka. Sama juga dengan aku. Dan bagi aku benda yang paling aku menyesal adalah memberitahu link blog ini pada kawan aku. Serius aku menyesal.

Ceritanya berbunyi begini... embekkkkk... ehem... ehem...

Segala-galanya bermula pada minggu lepas. Yang mana aku telah  mengupdate entri tentang punggung. Ya.. punggung. Punggung.. punggung dan punggung. Di akhir entri tersebut aku telah meletakkan satu soalan yang menunjukkan betapa seksinya punggung aku. Itulah isu sebenarnya.

Tidak ku sangka seorang rakan aku telah membacanya, dan kemudian beliau mula membahan aku...

Kemudian bertambah pula jibauk yang lain....

Dan kemudian bertambah pula pada orang yang tak pernah ku sangka akan bersekongkol dengan mereka....

Pada mulanya aku tak kisah pun, biasalah lawak jenaka bersama kawan-kawan. Namun masuk hari ke-3 ke-4, aku semakin jadi fobia, aku rasakan semua orang akan memanggil aku dengan nama itu. Dan ditakuti nama itu akan lekat terus sehingga bos aku yang perengus itu pun tahu. Ya. Maka akan berakhirlah zaman keremajaan ku.

Tidakkah mereka memahami diriku. Sejujurnya aku suka menyelit sesuatu yang bukan-bukan di dalam entri aku. Aku anggap ianya sebagai gurauan, sebagai lawak jenaka, sebagai hiburan ibarat makan kudapan yang orang beri. Ya. Aku bukanlah seorang yang serius dalam berblogging. Sekadar suka-suka ditepi tangga. Itu sahaja.

Arghh.. serius suara-suara itu semakin menjengkelkan. Aku semakin mual mendengar ungkapan punggung seksi... Aku semakin mual bila seseorang menepuk kuat punggung ku sambil berkata... 

"mantapnyaaaaaa..."... 

owh... aku ternoda...

***** the end ****

MENCURI

Sedang aku berjalan untuk memulakan kerja,
aku terserempak dengan manusia yang aku paling
malas nak jumpa dalam dunia ini...

Moral of the story : Jangan curi tulang, bukan boleh kaya pun..

PUNGGUNG

Pernahkah anda terjumpa gadis yang memakai seluar begitu ketat, sehingga menampakkan susuk tubuhnya dengan jelas. Dan pada bahagian punggung seluar itu terdapat pula perkataan, jenama atau grafik. Aku tidak tahu nama seluar jenis itu. Harap-harap anda faham apa yang aku maksudkan.

Pada pendapat akulah seluar sebegini memaksa aku untuk memandang dan merenung ke bahagian punggung beliau. Sebenarnya jauh di sudut hati aku, aku tidak mahu untuk memandang, namun sikap aku yang suka membaca membuatkan aku berbuat sebaliknya. Aku memang suka membaca... asal nampak tulisan je aku baca... asal nampak tulisan je aku baca.. jadi sebab ada tulisan di bahagian belakang itu, maka aku pun membacanya.

Jadi dengan hati yang begitu berat, aku pum memandangnya. Anda tidak tahu bagaimana jiwa raga aku meronta-ronta meminta aku untuk tidak memandang, namun sikap suka membaca aku yang sentiasa menang. Jadi aku memandangnya dalam penuh keterpaksaan.

Tapi aku kira bernasib baik sebab dikategorikan sebagai seorang yang lancar dalam membaca. Jika tidak sudah tentu aku terpaksa untuk mengeja. Dan ianya mungkin menjadi satu situasi yang begitu menjanggalkan.

Tiba-tiba sahaja aku bercerita tentang punggung. Jika anda bertanyakan mengapa ? Sebabnya mudah sahaja, aku mendapat dorongan ini selepas membaca keyword pengunjung yang terjerumus ke blog aku ini. Dan keyword itu adalah....

Aku tahu beliau yang menggugel keyword itu dan terdampar ke blog ini mesti begitu kecewa. kerana apa yang beliau harapkan untuk lihat, tidak kesampaian. Apa yang beliau jumpa di blog ini, adalah gambar ini...

seksi bukan ?

HIDUP INI PENUH DENGAN LAKONAN

Tanpa ku sedari ada seseorang berada berdekatan.... 

Nota kaki orang kuat : Elehhhhh... anda pun pernah berlakon kan ? kan ? kan ?

***** the end *****

Tanpa ku sedari ada seseorang berada berdekatan.... 

Nota kaki orang kuat : Elehhhhh... anda pun pernah berlakon kan ? kan ? kan ?

***** the end *****

BACA
 
Support : Catatan Ankel Jonni | Ankel Jonni | Facebook Ankel
Copyright © 2015. catatan ankel jonni - All Rights Reserved
Template Created by Ankel Jonni Published by Ankel Jonni
Proudly powered by Blogger